BIARPUN tidak perlu hadir ke kampus seperti biasa, pelaksanaan kelas dalam talian (online) turut memberi cabaran tersendiri buat golongan pelajar. Terbaharu, seorang gadis menjadi mangsa gelak-tawa netizen apabila usahanya membuat rakaman video untuk satu tugasan terganggu dek bunyi ayam jirannya yang sedang berkokok. Menurut Muslina Mahazir, 20, rakaman yang dibuat pada Rabu petang itu terpaksa diulang beberapa kali bagi melengkapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Situasi kelam kabut berakhir dengan ‘babak’ tumbuk bawang depan pensyarah, rakan sekuliah - “Selalu ibu ada di rumah...” ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga "Itu tugasan berkumpulan, kami kena buat stau video mengenai kesihatan mental. Tengah rakam tiba-tiba bunyi ayam. "Benda tu simple je, ayat senang tapi perlu diulang empat ke lima kali benda sama. Kena tunggu ayam berhenti berkokok baru boleh rakam betul-betul. "Patut siap dalam dua atau tiga minit, tapi sampai dekat sejam baru siap," ujarnya dalam nada berseloroh kepada mStar. Muslina tak sangka video yang dikongsi akan tular di laman Twitter. Mesra disapa Muslina, dia tidak menyangka video yang dikongsi ke Twitter itu akan mencuri perhatian ramai. Namun katanya, dia sendiri cukup terhibur dengan kejadian itu dan menganggap ia sebagai satu cabaran dalam menuntut ilmu. "Duduk rumah (kelas online) memang seronok, tapi ada cabarannya. Bukan saya, ada juga warga Twitter berkongsi hal sama. Ayat senang tapi perlu diulang empat ke lima kali benda sama. Kena tunggu ayam berhenti berkokok baru boleh rakam betul-betul. MUSLINA MAHAZIR PENUNTUT UNIMAP "Nak buat video tugasan, ada bunyi anjing menyalak. Ada macam-macam gangguan bunyi. "Sebenarnya susah nak catch up belajar online, memang sangat berbeza. Saya lagi suka kalau boleh pergi belajar macam biasa," ujar penuntut bidang Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaysia Perlis (Unimap) itu. Sehingga kini, posting video berkenaan menerima lebih 138,000 tontonan. Posting asal yang tular di Twitter. Selain menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet), ia turut dihujani pelbagai komen netizen. "Ni kalau aku memang dah kena maki dah ayam tu. "Memerlukan tahap kesabaran yang agak tinggi. Hari tu ada budak kelas bunyi lembu datang masa tengah online kelas. Terdiam lecturer masa tu. Aku tergelak barulah semua tergelak. Muslina merupakan penuntut Unimap, Perlis. "Weh... serious pernah alami peristiwa ni. Tengah rakam suara, bunyi ayam sama naik je," tulis beberapa pelayar Twitter. View this post on Instagram Cari pasal eh kau ayam. Tunggu la esok lusa jadi juadah raya. Buat rendang pun sedap. #mstaronline #bacamstar #mstarMoi A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on May 14, 2020 at 11:22pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!