suria

Bisnes baju merosot, tapi permintaan resepi meningkat walau masak suka-suka... lelaki ini manfaatkan pengalaman ibu bergelar Youtuber

Arif bersama ibunya, Zuliha Md Dom.

PENULARAN Covid-19 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ternyata membawa gelombang keresahan dalam kalangan masyarakat negara ini.

Mana tidaknya, ada yang kehilangan kerja sehingga lesap sumber pendapatan, tak kurang juga perniagaan yang diusahakan gagal beroperasi seperti biasa.

Begitu juga dengan peniaga pakaian kanak-kanak ini yang cuba meneroka peluang baharu dengan mengembangkan sumber pendapatannya dalam tempoh getir yang sedang melanda negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan sebuah kuali baharu, makcik umur 61 tahun kini jadi Youtuber... anak dedah “setiap komen dia baca”

ARTIKEL BERKAITAN: Terima kasih Sugu dan Pavithra, kamu buka mata teman tentang erti kebahagiaan!

Secara rasmi pada Selasa malam, Arif Eddy, 31, bergelar Youtuber apabila berkongsi video masakan pertamanya, laksa Johor menerusi platform perkongsian video itu.

Bercerita kepada mStar, Arif berkata sudah lama dia suka berkongsi video masakan di media sosial, namun baru terdetik untuk menjadi Youtuber setelah videonya menjadi tular di Facebook beberapa hari lalu.

"Sebelum ni saya selalu buat video pendek memasak di Instagram. Yang terbaharu saya buat laksa Johor dan kongsi di Facebook.



Perkongsian Arif menerusi laman Twitter.

"Dapat dalam 17 ribu likes, komen pun sampai 1,000 lebih. Ramai minta resipi. Jadi kenapa tidak saya hasilkan video untuk Youtube?

"Jadi dari situ timbulnya idea. Sepanjang PKP pun banyak duduk dengan mak, belajar memasak," ujarnya sewaktu dihubungi.

Kata Arif, dia sebolehnya mahu menggunakan platform itu untuk mengangkat hidangan tradisi Johor seperti mee bandung, soto, kacang pool, lontong dan pelbagai lagi.

Mak juga ada perniagaan burger sendiri. Saya ambil peluang ini untuk sambung legasi dan kongsi resepi keluarga.

ARIF EDDY

PENIAGA PAKAIAN KANAK-KANAK/YOUTUBER

Malah ujarnya, ilmu masakan banyak diperolehi daripada ibunya, Zuliha Md Dom, 53, yang juga bekas pengusaha restoran di Larkin.

"Dari sekolah rendah saya dah mula memasak. Nasi goreng, roti bawang putih, spaghetti. Mak saya pula memang dah lama berniaga makanan.

"Dulu datuk saya buka restoran, kemudian mak ambil alih dan kini mak pun dah bersara. Tapi mak masih teruskan di rumah, buat food delivery.



Resipi laksa Johor menjadi video pertama di Youtube milik Arif.

"Mak juga ada perniagaan burger sendiri. Saya ambil peluang ini untuk sambung legasi dan kongsi resepi keluarga.

"Adik-beradik lelaki mak saya juga semuanya pandai memasak," ujar Arif lagi.

Bercerita mengenai kerjaya utamanya, Arif mengakui situasi PKP menyebabkan jualan sedikit merosot berbanding tahun sebelum ini.



Laksa Johor air tangan Arif yang tular di Facebook baru-baru ini.

Biarpun tidak boleh membuka booth seperti biasa sebagaimana musim perayaan tahun lalu, Arif masih menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Malah, dia juga enggan berputus asa dan cuba mencari peluang serta alternatif lain dalam mengembangkan lagi sumber pendapatan dirinya.

Arif turut berkongsi kisahnya yang menjadi Youtuber menerusi laman Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Youtuber, Arif Eddy, laksa Johor, masakan

Artikel Lain