ANTARA yang paling ditakuti setiap manusia adalah kehilangan insan tersayang. Begitulah yang dihadapi oleh seorang pemuda yang kehilangan seorang sahabat, sehingga perasaan itu terbawa-bawa apabila dia menerima satu mesej yang dihantar menggunakan nombor arwah. "Aku ingatkan best friend aku betul-betul reply chat, tapi mak dia yang reply. Tenang kau di sana Aleen," tulisnya di laman Twitter sehingga menjadi tular.ARTIKEL BERKAITAN: Macam kembar hilang adik, sahabat dilanggar lori depan mata... Dia sempat pesan, "kalau aku tak ada tolong tengokkan mak ayah"ARTIKEL BERKAITAN: Hantar rakan baru kematian bapa akibat kemalangan, pelajar rempuh pokok dalam perjalanan pulang... besar ujian untuknya, kereta sewa remuk teruk! Berkongsi kisah di sebalik tweet itu kepada mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Carliff Haikal Ghazali berkata, rakan karibnya, Allahyarham Nurul Rozleen Mohd Rozamie atau lebih dikenali sebagai Aleen dijemput Ilahi pada 11 April lalu kerana apendiks. Mesej yang dihantar dan mendapat respons daripada ibu arwah. Mengenai mesej menerusi aplikasi WhatsApp itu, remaja berusia 19 tahun itu berkata, ia dibalas pada pada 11 Mei lalu selepas beberapa mesej dihantar ke nombor telefon milik arwah. "Saya mesej ke nombor tu kira-kira sebulan selepas pemergian arwah. Saya mesej hari Jumaat, dan Isnin baru dapat reply. Memang saya terkejut masa terima mesej tu. "Saya terkejut kerana saya ingat dia sendiri yang reply kerana saya rasa seperti dia masih hidup. Tapi hakikatnya, mesej tu diterima daripada ibunya yang menggunakan nombor itu selepas arwah meninggal dunia, dan minta saya sedekahkan surah Al-Fatihah," katanya kepada mStar. Lebih mesra dengan panggilan Carl, anak kedua daripada 11 beradik itu berasa sedih tidak dapat memberi penghormatan terakhir kerana arwah meninggal dunia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Allahyarham Nurul Rozleen meninggal dunia akibat apendiks. "Saya hanya mampu melihat gambar kuburnya. Itupun gambar yang dikongsikan rakan-rakan. Saya tinggal di Pulau Pinang, dan jenazah dikebumikan di Rawang, Selangor. "Arwah pesan nak jumpa apabila kampus dibuka semula selepas PKP habis, tapi dia meninggal dalam tempoh PKP," ujar pelajar Universiti Selangor (Unisel) kampus Bestari Jaya itu. Saya anggap arwah macam kakak sendiri sebab dia tua setahun daripada saya. Perkara pertama saya nak buat selepas tamat PKP nanti adalah nak ziarah kubur arwah. CARL Pelajar jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu menyifatkan rakan karibnya itu sebagai seorang yang sangat matang dalam berfikir. "Arwah seorang pendengar setia dan selalu mendengar masalah saya. Dia banyak beri nasihat sebab Aleen ni jenis seorang yang sangat matang dalam menangani masalah. "Cara berfikir saya banyak berubah sebab Aleen banyak tunjuk ajar. Pemikiran saya lebih matang berbanding dahulu," katanya yang menetap di Teluk Kumbar di George Town. Allahyarham dijemput Ilahi pada 11 April 2020. Bagaimanapun, Carl mendedahkan rakannya yang juga model sambilan itu pernah meluahkan tentang sakit perut yang dialami sejak sebelum PKP dilaksanakan. “Arwah tak pernah cakap pasal sakit apendiks, dia cuma cakap dia sakit perut. Dia susah nak kongsi pasal dia sakit sebab tak nak orang lain risaukan dia. “Malah, arwah ada sebut nak pergi bercuti bersama dengan rakan-rakan nanti apabila keadaan beransur pulih. Dia cuma kata nak pergi satu tempat, tak beritahu ke mana. “Tapi hajat arwah tak kesampaian. Sampai sekarang, saya tak tahu ke mana lokasi yang dia ingin bercuti sebab dah meninggal dunia. “Saya anggap arwah macam kakak sendiri sebab dia tua setahun daripada saya. Perkara pertama saya nak buat selepas tamat PKPB nanti adalah nak ziarah kubur arwah, ” katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!