suria

Kecoh! Kerana satu ayat tercetus perang gender di media sosial... benarkah kaum hawa tak pernah mengaku salah? - “Lelaki selalu ulangi kesilapan sama”

Tweet yang dikongsi itu dihujani dengan pelbagai komen oleh kaum lelaki dan perempuan.

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Mungkin itulah yang dapat menggambarkan situasi dihadapi seorang lelaki di Twitter apabila dia teruk dikecam kaum hawa gara-gara satu kenyataan di laman sosial itu.

"Nanti masa raya perempuan takyah minta maaf, perempuan mana pernah salah," tulisnya sehingga menerima lebih 5,200 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Nak Perang Jantina” - Wira Komuter Pink

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

Kata-kata itu dipercayai dibuat secara serkap jarang, namun ditulis secara umum sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan wanita yang menafikan mereka berperangai sebegitu.

Berdasarkan pemerhatian, rata-rata kaum wanita mengakui kurang bersetuju dengan kenyataan itu yang mana ia disifatkan tidak adil untuk mereka.

Malah, ia turut menjadi medan perbahasan yang mana kaum lelaki turut dikaitkan dengan sikap sama.

Tweet asal yang menimbulkan perdebatan ramai.

Selain itu, ada juga yang turut berjenaka mengenai hal itu dan mengakui bahawa mereka sememangnya memiliki sifat tersebut.

Tidak cukup di Twitter, paparan skrin kenyataan itu turut dikongsi di laman Facebook.

Ia sekali lagi menjadi tular apabila menerima lebih 1,500 tanda suka, dihujani lebih 600 komen dan dikongsi hampir 9,000 pelayar laman sosial itu.

Jangan lawan perempuan. Kita kalah punya. Dia salah pun tetap tak salah.

PELAYAR TWITTER

Dalam pada itu, ada yang turut mengambil serius hal itu dan berkongsi kisah rumah tangga mereka.

"Kalau saya salah saya minta maaf kat suami, ada sekali tu saya cakap kat dia jangan harapkan kesempurnaan dari saya sebab saya manusia biasa yang tak akan pernah berhenti buat silap. Lepas tu saya tengok dia dah kurang marah-marah.

"Sama je lelaki dan perempuan. Rasa buat salah minta maaf je. Nama pun sayang kan kena lah saling memaafkan. Bahagia dunia akhirat.

"Bukan perempuan selalu betul, tetapi lelaki selalu mengalah.



Antara komen-komen yang ditinggalkan di Twitter.

"Dengan Tuhan pun kita selalu ulang dosa yang sama. Adakah kita tak patut minta ampun pada Allah bila buat dosa yang sama?

"Jangan lawan perempuan. Kita kalah punya. Dia salah pun tetap tak salah," tulis beberapa netizen.

Biarpun sudah beberapa hari posting itu dikongsi, perang jantina antara netizen kelihatan masih berterusan.

Malah, ia bukanlah kali pertama kes seumpamanya berlaku khususnya di laman Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
perang jantina, lelaki, perempuan, raya, maaf

Artikel Lain