suria

Lockdown di UK tapi teringin keropok lekor, luahan Dr Amalina curi perhatian... akhirnya order di Ireland hampir RM60 sepaket!

Dr Amalina akhirnya berjaya mendapatkan keropok lekor daripada seorang peniaga di Ireland.

HIDUP di perantauan pasti membuatkan kita rindu dengan makanan tradisional Malaysia, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Begitu juga pakar bedah kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang kini berkhidmat di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri yang 'mengidam' nak makan keropok lekor.

"Siapa ada jual/deliver keropok lekor kat London waktu lockdown ni? Nak beli," tulisnya di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Virus tak suka air panas? Dr Amalina sangkal mitos Menteri Kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ikut nasihat salah! Kata Dr Amalina... hand sanitizer berkesan bunuh virus Covid-19 tapi tak boleh ganti amalan cuci tangan

Tweet tersebut mendapat 6,300 tanda suka dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen cuba membantu Dr Amalina untuk mendapatkan makanan tradisional terkenal di pantai timur itu.

Antara komen netizen pada tweet Dr Amalina.

"Ala kesiannya Doc nak makan sangat ni. Harap anyone ada yang baik hati bantu Doc," tulis Sha.

"Allahu... semoga dapat jumpa keropok lekor. Craving makanan Malaysia. I know how you feel," kata Anida.

Ramai cuba membantu Dr Amlina dengan menyenaraikan beberapa lokasi di sekitar London yang menjual snek tersebut.

Ok I’ve just ordered from Ireland, thank you for letting me know!

DR AMALINA CHE BAKRI

Pakar bedah

Namun Dr Amalina berkata kedai di negara itu masih ditutup kerana perintah berkurung Covid-19 masih dilaksanakan.

"Tutup, sini masih lockdown," kata Dr Amalina.

Malah ada yang berkongsi resipi dan cara-cara membuat keropok lekor sekiranya dia tidak menjumpai snek tersebut.

Keropok lekor antara makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Dr Amalina berjaya mendapatkan keropok lekor tersebut daripada seorang peniaga yang menetap di Ireland dengan bantuan netizen.

"Ok I’ve just ordered from Ireland, thank you for letting me know!," katanya.

Ketika ditanya netizen sama ada dia mendapat keropok lekor tersebut secara percuma, Dr Amalina menafikan perkara itu.

"Taklah free of charge (FOC), about 11 pound sterling per pack, (RM57.94), 6 pieces per pack," tulisnya membalas pertanyaan itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain