suria

Doktor bingung pesakit tanya soalan cepu emas, tapi jawapan yang diberikan lebih sukar nak ‘hadam’ - “Ada orang lebih banyak pahala daripada saya”

Petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika membuat pemeriksaan kesihatan terhadap para pesakit Covie-19. Gambar hiasan/Foto Bernama

SEJAK kebelakangan ini atau lebih tepat ketika pandemik Covid-19, petugas barisan hadapan atau frontliner dihujani pelbagai pujian.

Ini terutama golongan petugas kesihatan yang saban hari membantu merawat pesakit Covid-19, termasuk mereka yang bertungkus-lumus menjalankan ujian saringan.

Seorang doktor bagaimanapun berkongsi tentang pandangan umum mengenai profesion mereka yang membantu menyembuh dan menyelamatkan nyawa pesakit.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami dituduh pembunuh" - Doktor kongsi tak mudah berdepan saat kematian, sampai satu tahap perlu patuh pada ketentuan

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau sambung mesin mak saya akan mati ke?" - Kadar survival di China rendah, kesan meracau sehingga setahun... doktor perjelas fungsi ventilator

"Kerja doktor mesti banyak pahala kan?"



Banyak ganjaran pahala yang diterima oleh petugas kesihatan seperti doktor. Gambar hiasan/Foto Bernama

Soalan itu diajukan seorang pesakit ketika doktor berkenaan mengambil sampel darah.

Dalam kebingungan, doktor tersebut, Dr Ahmad Samhan bertanya kenapa pandangan itu dilontarkan oleh pesakit berkenaan.

Jawab pesakit itu: "Yela, mesti ramai dah pesakit yang doktor rawat. Setiap pesakit yang doktor rawat, doktor dapat pahala.

"Tambah pula doa daripada pesakit. Doa orang sakit Allah makbul tau. Mulia betul kerja doktor," tambah pesakit itu, sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan di halaman Facebook pada Sabtu.



Pengorbanan guru juga amat besar dalam mendidik anak bangsa. -Gambar hiasan

Namun, beliau yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu berkongsi pandangannya bahawa terdapat profesion lain yang lebih banyak menyumbang bakti tanpa disedari mereka sendiri.

"Ada orang lebih banyak pahala daripada saya tanpa dia sendiri sedar. Setiap pesakit yang saya rawat, dia juga dapat pahala.

"Tiap kali pesakit doakan saya, saya minta pesakit doakan untuk dia," ujarnya.

Ada orang lebih banyak pahala daripada saya tanpa dia sendiri sedar. Setiap pesakit yang saya rawat, dia juga dapat pahala.

DR AHMAD SAMHAN

Penjelasan tersebut jelas menimbulkan tanda tanya pesakit tersebut sehingga bingung.

"Siapa? Bertuah betul orang itu," tanya pesakit berkenaan.

Menurut Dr Ahmad Samhan, individu yang dimaksudkan adalah guru-guru yang mendidik dan membimbing beliau sehingga menjadi individu yang berjasa dan turut menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara.



Dr Ahmad Samhan tak lupa jasa guru-gurunya.

"Guru saya. Tanpa guru yang sabar mendidik saya, saya tak rasa saya akan jadi doktor hari ini. Saya banyak terhutang budi pada mereka.

"Selamat Hari Guru! Buat semua pendidik di negara ini, ketahuilah pengorbanan kalian amat besar dalam mendidik anak bangsa.

"Jangan sesekali lemah semangat, kerjaya kalian bersama doa-doa anak didikmu," katanya.

Menerusi perkongsian pada Hari Guru tanggal 16 Mei itu, Dr Ahmad Samhan turut menggelarkan diri beliau sebagai 'bekas murid degil'.

"Terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar saya. Saya doakan semua guru saya sentiasa sihat dan diberkati hidup," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain