SEORANG gadis resah memikirkan sejumlah wang yang dipercayai tersilap dimasukkan ke akaun bank miliknya pada 7 Mei lalu. Menurut gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Nana, pemilik akaun bank bernama Maisarah Binti A Ra* telah memasukkan wang berjumlah RM101 dipercayai untuk pembayaran insurans ke akaun banknya. Nana berkata dia menyedari tentang perkara itu ketika mahu memeriksa baki wang di akaun banknya pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis resah duit misteri masuk akaun... Pemiliknya berpeluh duit ‘last kopek’ lesap, minyak kereta kering ARTIKEL BERKAITAN: “Wang ini bukan milik kami...” - Ustazah buntu simpan ‘duit mak’ "Saya sedar akaun ada duit bertambah semalam masa dekat tempat kerja. Saya nak check duit dalam akaun saya. Nana menyedari duit dalam akaun banknya tiba-tiba bertambah ketika membuat pemeriksaan menerusi aplikasi Maybank2u pada Jumaat. "Kemudian saya macam alert dengan balance duit dalam akaun tu tapi pelik kenapa tiba-tiba macam duit bertambah. "Saya tengoklah bank statement, rupa-rupanya 7 Mei ada orang transfer duit insurans dekat saya guna nama Maisarah. Tapi saya tak jual insurans pun," katanya kepada mStar. Susulan itu, gadis berasal dari Johor Bahru itu mengambil insiatif untuk menjejaki wanita tersebut dengan bantuan netizen di Twitter. "Saya pun post dekat Twitter sebab rasa tak sedap hati. Saya harap netizen dapat bantu saya jejaki Maisarah atau dia sendiri sedar tweet dan DM saya. "Saya cuba nasib guna cara ni sebab saya pernah nampak kes sama sebelum ni. End up ada yang jumpa pemilik wang yang dicari," katanya. Jumlah wang yang dimasukkan Maisarah ke dalam akaun Nana. Walaupun wang tersebut bernilai RM101, Nana berkata ia pasti amat bernilai buat pemiliknya. "Kesian sebab kita tahu dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai kesempitan wang. Saya tengoklah bank statement, rupa-rupanya 7 Mei ada orang transfer duit insurans dekat saya guna nama Maisarah. Tapi saya tak jual insurans pun. NANA Operator kilang "Mana tahu wang tu cukup-cukup untuk dia bayar insurans. Lagipun wang tu bukan milik saya, jadi lebih baik pulangkanlah, ” katanya. Setakat ini, Nana yang bekerja sebagai operator kilang berkata wanita itu masih gagal dijejaki. "Buat masa ini masih belum jumpa lagi Maisarah. Jadi mungkin Isnin ni saya akan pergi bank untuk cari maklumat dia. Nana berharap agar dapat menjejaki Maisarah dengan bantuan netizen. "Kalau dah jumpa barulah saya transfer semula duit tu kat dia. Saya harap kuasa viral dapat menemukan saya dengan Maisarah,” katanya. Perkongsian Nana mengenai perkara itu turut mendapat respons positif dalam kalangan pelayar Twitter. "I doakan you murah rezeki sebab jujur tak ambil duit tu. Aamiin. Harap jumpalah Maisarah," kata Lomlwb. "Teringat pula dulu ada kes macam ni terjadi kat seorang akak tu tapi Alhamdulillah betapa kecilnya dunia. Yang transfer tu jiran kawan akak tu punya makcik camtu lah," kata HzmJry. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!