"GURU ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain" Itulah perumpamaan yang sering kita dengar dalam menggambarkan jasa dan pengorbanan insan yang tidak pernah letih dan lokek mencurahkan ilmu demi melihat pelajarnya berjaya. Hari ini, pada tanggal 16 Mei, para pelajar sepatutnya meraikan insan yang bernama guru bagi menghargai segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu pun tak semua bijak” - Tak mahu kecoh-kecoh, guru ‘didik’ ibu bapa merungut kerja sekolah anak bertimbun... senang, tak ada yang sakit hati! ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu tak datang sekolah, cikgu nekad ‘selamatkan’ murid dengan motosikalnya Malangnya, perkara sebaliknya pula berlaku apabila wujud segelintir pelajar yang tergamak mengguris hati guru sebagaimana perkongsian yang sedang tular di Twitter ketika ini. Menerusi posting yang dikongsi Mohd Khairul Izzuddin Shaari, beliau memuat naik tangkap layar (screenshot) ciapan beberapa pelajar yang terang-terangan tidak menghormati guru. Perkongsian Cikgu Izzuddin di Twitter. "Tergamak tau korang. Remuk hati cikgu-cikgu baca semua. Pagi petang siang malam cikgu korang berjaga, pulun cari bahan, sediakan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk pastikan korang tak ketinggalan. Ini yang korang balas," tulis guru itu pada posting tersebut. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 26,000 retweet dan 25,900 like. Menurut guru berusia 31 tahun itu, dia secara jujurnya berasa amat terkilan apabila melihat ciapan berupa kenyataan berani yang dikeluarkan oleh seseorang yang bergelar pelajar. Tangkap layar (screenshot) ciapan beberapa pelajar yang dimuat naik oleh Cikgu Izzuddin. "Terkilan betul bila terjumpa benda ni. Semua orang sedang menghadapi kesulitan sebab situasi sekarang ni ad-hoc. Dengan keterbatasan sumber, bahan dan akses internet, guru-guru nak kena cari kaedah sendiri, cari kaedah luar kotak untuk tackle pelajar. "Tambahan pula guru di kawasan pedalaman seperti saya, memang susah sikit. Internet memang terbatas jadi medium utama adalah WhatsApp. Ada guru yang susah payah buat video presentation dan sebagainya. "Ingat juga, ada guru yang kurang pandai dalam bidang teknologi canggih tapi mereka tetap struggle nak mengajar. Boleh dikatakan guru-guru ni letakkan 100 peratus effort tapi anak-anak murid pula buat tak endah," katanya ketika dihbungi mStar. Mungkin mereka ini yang tak terlibat dengan peperiksaan besar seperti SPM, jadi mereka fikir tak belajar pun tak apa. Kena ingat, ilmu ni tak lapuk sampai bila-bila. MOHD KHAIRUL IZZUDDIN SHAARI GURU Sambil melahirkan rasa kesal, guru di SK Kuala Geris, Kelantan itu berkata, dalam keadaan ini para pelajar sepatutnya memberikan kerjasama, tambahan pula masih belum ada sebarang pengumuman bilakah sesi persekolahan akan dibuka semula. "Bijak atau tidak seseorang itu, ia bukan ukuran tetapi sikap hormat kepada guru itu yang penting. Guru dan struggle maka apa salahnya beri kerjasama. Cikgu Izzuddin merupakan seorang guru di SK Kuala Geris. "Kita belum tahu lagi berapa lama akan kena lalui sesi pembelajaran secara online. Mungkin mereka ini yang tak terlibat dengan peperiksaan besar seperti SPM, jadi mereka fikir tak belajar pun tak apa. Kena ingat, ilmu ni tak lapuk sampai bila-bila," ujarnya. Tambah guru ini, bukan sahaja kerenah para pelajar, pada waktu ini guru-guru juga tidak terkecuali berdepan dengan cabaran yang datang daripada golongan ibu bapa. "Ada juga yang bangkitkan isu mengenai gaji guru-guru... minta kaji semula dan lain-lain. Terkilan juga rasa. Kami bukan tak mengajar walaupun sekarang duduk di rumah. Netizen turut meluahkan rasa geram apabila membaca perkongsian yang dimuat naik oleh Cikgu Izzuddin. "Guru-guru cuba sehabis baik untuk pastikan anak-anak tak ketinggalan. Kalau guru tak beri kerja rumah secukupnya, terlupa nak semak atau lain-lain, apa salahnya tanya saja guru tersebut. "Saya rasa pasti ibu bapa ada simpan nombor telefon guru-guru. Sebaiknya berkomunikasi. Dalam keadaan macam ni, mudahan kita semua guru, pelajar dan ibu bapa saling bekerjasama untuk kebaikan semua juga," katanya mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!