suria

Ustaz romantis! Video ‘Bollywood’ Ebit Lew usap tangan isteri ke pipi cetus rasa bahagia – “Terasa segar muka”

Klip video Ebit mengusap tangan isterinya menarik perhatian netizen di laman sosial.

SEBUT sahaja Ustaz Ebit Lew, perkara pertama yang terlintas di fikiran ramai adalah sumbangan dan kerja amalnya yang tidak pernah putus.

Tanpa mengenal erti penat lelah, pendakwah terkenal itu sentiasa berusaha untuk membantu mengubah kehidupan keluarga daif, atau sekurang-kurangnya meringankan beban buat golongan yang amat memerlukan.

Kisah peribadi beliau jarang sekali dikongsikan kepada khalayak.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun tinggal di longgokan sampah, keluarga daif dapat kehidupan baharu selepas 2 jam Ebit Lew tiba - "Kita satu bakul sampah cepat buang ke luar"

ARTIKEL BERKAITAN: Sering sebak saat bantu orang susah, kali ini tangisan anak muda buat Ebit Lew sedih... – "Dulu saya jahat ustaz, betul-betul jahat"

Sering berkopiah dan berjubah, tutur kata beliau cukup lemah-lembut apabila bertemu dengan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.



Ebit membantu masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Foto Facebook Ebit Lew

Namun, apa yang turut menjadi perhatian ramai adalah sisi romantik Ebit sebagai seorang suami yang dapat dilihat menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Twitter.

Menerusi laman Twitter @ustazebitlew, kelihatan pendakwah itu memandu kereta sambil ditemani isterinya.

Klip berdurasi 17 saat itu turut menunjukkan Ebit memegang tangan isteri dan diusap pada pipinya.



Ebit mengusap tangan isteri di pipinya.

Menurut Ebit, beliau amat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang diibaratnya sebagai bidadari.

"Terima kasih Allah. Syukur pada Allah. Alhamdulillah. Ya Allah begitu besar nikmat anugerah-Mu ini.

Hargailah isteri bidadari kita. Saya doakan kita semua bahagia bersama bidadari pasangan yang halal buat kita.

EBIT LEW

"Bila letak tangan ke pipi usap rasa bahagia. Terasa segar muka. Hargailah isteri bidadari kita. Saya doakan kita semua bahagia bersama bidadari pasangan yang halal buat kita.

Perasaan netizen terbuai dengan lagu berirama Bollywood berjudul Gerua yang dipetik daripada filem Diwale lakonan Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol.



Ebit jarang berkongsi kisah peribadinya bersama khalayak.

Rata-rata netizen kagum dengan tindakan Ebit dalam menghargai isterinya, malah segelintirnya memohon doa agar dipertemukan jodoh yang bahagia seperti itu.

"Ya Allah, semoga saya bertemu jodoh yang menghargai saya macam ni suatu hari nanti," tulis seorang netizen.

"Suka tengok ustaz dengan bidadari ustaz. Ustaz tolong orang. Ustaz jangan berhenti buat kerja ni, saya teringin bantu orang macam ustaz buat," komen seorang lagi.

"Bahagianya tengok. Bersemut skrin telefon. Smiling face with open mouth and cold sweat. Saya dan suami doakan ustaz dan isteri bahagia sampai syurga. Semoga doa ini berbalik pada kami semula," ujar seorang wanita.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ebit Lew, isteri, Gerua, Diwale,

Artikel Lain