suria

Makcik jual gelang ‘tepis’ Covid-19 bikin kecoh media sosial, baru 2 hari di pasaran dah dapat hadiah Noble

Wanita tersebut dikecam kerana terlalu over claimed produk dipromosikannya di Facebook.

SELEPAS kad kesihatan, kini timbul pula produk gelang yang didakwa mampu melindungi pemakainya daripada wabak Covid-19.

Video berdurasi satu minit 47 saat yang tular di media sosial itu menyaksikan seorang wanita mempromosikan sejenis gelang yang baru beberapa hari berada di pasaran.

“Baru dua hari di pasaran. Saya beli untuk kegunaan saya sendiri sebab dalam bisnes ni kita sendiri dulu kena merasa sebelum menjual.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh gantung kad kesihatan di leher boleh hapus kuman, virus Covid-19 - “Tiada sesiapa kebal... jangan buang duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘kritikal’! Dakwa pesakit Covid-19 sembuh selepas 8 hari minum produk mereka - “Saintis tak tidur malam, kau sedap je cari untung”

"Masa Covid-19 ni tak ramai orang konsisten makan supleman. The best solution, lekat kat tangan je kak supaya sentiasa jauh daripada koronavirus, ” katanya.

Malah wanita berkenaan turut mendakwa produk berharga RM754 itu mendapat hadiah Noble Prize winner.

“Bukan sembarangan produk yang sangat hebat. Hanya pakai saja. Nampak simple tapi the best protection untuk cegah Covid-19.



Harga gelang tersebut dipercayai berharga RM754.

So jangan lupa dapatkan satu untuk anda, satu untuk suami, kalau ada isteri dua, dua-dua isteri kena ada. Kalau anak ada 10,10... 10 anak kena ada, ” katanya.

Tindakan wanita itu bagaimanapun dikecam netizen kerana terlalu over-claimed demi mengaut keuntungan atas angin.

Pada masa sama, harganya turut disifatkan tidak masuk akal.

Orang-orang tua dekat kampung mak ayah kita ni cepat percaya benda-benda macam ni. So kitalah kena advice mereka. Ni semua penunggang Covid ni ambil kesempatan.

ABEY

Netizen

“Umur produk baru dua hari, lajunya dapat Noble Prize. Covid-19 pun tak sampai setahun lagi. Dia ingat Noble Prize ni dapat through messages: 'Tahniah, produk anda menang Noble Prize' macam scammer? Vaksin pun saintis struggle bertahun nak keluarkan. Agak-agaklah nak menipu, ” kata Sue.

“Makcik pakai dulu, kena ada proof makcik hidup lepas dah bergaul dengan orang yang ada Covid-19. Kalau makcik sihat je, saya beli semua gelang makcik. Tapi make sure makcik ada bukti tak kena jangkitanlah, ” kata Arepudin.

Dalam pada itu, seorang pelayar turut meminta orang ramai supaya menasihati ibu bapa di kampung agar tidak terpedaya dengan produk tersebut.



Antara komen netizen pada posting video yang tular di Twitter.

“Orang-orang tua dekat kampung mak ayah kita ni cepat percaya benda-benda macam ni. So kitalah kena advice mereka. Ni semua penunggang Covid ni ambil kesempatan, ” kata Abey.

“Dia uji gelang tu dengan Covid ke? Ala-ala gelombang wifi ke. Macam mana gelang ni boleh melindungi orang? Too much rubbish. Quantum? Wow what a big word. Mesti makcik-makcik kampung terpengaruh. Doktor pun tak mampu nak cegah pesakit kena Covid inikan pula gelang, ” kata Skylooves.

Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) 3C dan 3W yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

SOP 3C adalah mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bertutur pada jarak dekat manakala 3W pula iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun; digalakkan memakai topeng muka di tempat awam atau jika bergejala; serta memberi amaran berkonsep peringatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
gelang, Covid-19, Noble Prize

Artikel Lain