suria

Dituduh goyang kaki, makan duit anak... bapa Fattah Anas akui populariti anaknya mampu upgrade hidup keluarga - “Bukan kaya pun”

Bapa Anas, Mohamad Firdaus berkongsi luahannya susulan kecaman kononnya mengambil kesempatan terhadap populariti anak. Foto instagram fattahanas_boyyeah/papadaoz

MASIH ingat budak comel bernama Muhammad Fattah Anaz yang videonya masuk dalam sangkar kucing dua tahun lalu tular?

Video spontan kanak-kanak itu yang kini berusia empat tahun bersama bapanya, Mohamad Firdaus mencuit hati netizen, telah meraih lebih sejuta pengikut di laman sosial Instagram.

Populariti si cilik yang lebih dikenali sebagai Anas bagaimanapun dicemburui segelintir pihak termasuk ada yang mengkritik bapanya mengambil kesempatan ke atas anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa terdiam gambar konvo tadika RM20, tarik tangan anak tinggalkan dewan – "Tu motosikal bos dia, pinjam nak pergi konvo"

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak ajar dia pun, kebanyakannya menjadi" - Puting masih melekat mulut, bapa terkejut anaknya pandai main gong... riuh serumah!

"Ramai je mak bapak macam ni sekarang. Tengoklah Fattah Anas budak yang dalam sangkar kucing tu. Mak bapa dia mana kerja, guna anak untuk buat duit.

"Bapanya 24 jam kat rumah tak kerja. Diusung ke sana sini anak tu untuk duit. Yang hairan anaknya contoh nak basikal A yang mahal, dia cakap beli yang B lah murah, padahal duit makan minum mak bapa tu duit anak jadi duta produk. Bapa goyang kaki tak kerja," dakwa seorang wanita menerusi paparan komen di laman YouTube yang dikongsikan oleh bapa Anas sendiri di laman Instagramnya.



Populariti Anas yang kini mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.

Susulan kritikan itu, Mohamad Firdaus, 27, tampil memberi penjelasan dan tidak menafikan populariti yang dikecapi anak sulung daripada dua beradik itu.

"Alhamdulillah apa yang kami dapat sekarang ni adalah daripada popularnya Anas. Alhamdulillah usung ke sana ke sini, dapat itu ini.

"Tapi... ini semua rezeki dan peluang yang ada ni takkan kami nak lepaskan begitu je? Bukan ke baik dapat upgrade hidup dari susah ke lebih selesa sedikit. Bukan kaya pun," luahnya menerusi posting di akaun Instagram fattahanas_boyyeah.



Mohamad Firdaus rezeki bertambah ekoran populariti Anas.

Mohamad Firdaus turut memberitahu bahawa semua kerja dilakukan Anas, dan sebagai ibu bapa sudah tentu mahu yang terbaik buat anak-anaknya.

"Semua kerja yang ada, semuanya bukannya Anas yang buat. Papa yang penat sebenarnya nak control anak-anak, pergi meeting sana sini, atur itu ini, ada nampak?

"Ya Allah, ini jalan dia dan yang kena jaga jalan yang baik ni tak lain tak bukan kami ibu bapa dia. Mak bapa mana yang tak nak anak dia senang.

"Apa salah kami? Kami kacau hidup siapa? Job yang datang pun, kami paksa ke untuk pilih kami? Tak pernah! Mereka yang offer pada kami," tambahnya.



Perkongsian Mohamad Firdaus mengenai kecaman terhadapnya sebagai bapa.

Susulan kecaman itu juga, bapa Anas berkongsi kesusahan mereka sekeluarga iyang barangkali belum pernah didedahkan secara terbuka.

"Saya berdoa supaya dapat senangkan orang orang sekeliling saya dan Allah bagi melalui Anas. Nak tengok macam mana kehidupan kami sebelum ni?

Ya Allah, ini jalan dia dan yang kena jaga jalan yang baik ni tak lain tak bukan kami ibu bapa dia. Mak bapa mana yang tak nak anak dia senang.

MOHAMAD FIRDAUS

"Alhamdulillah masa kami susah, hidup sewa bilik. Saya kerja gaji RM35 sehari, makan tiga beranak. Memang dari sebelum popular lagi, saya memang suka rakam telatah anak.

"Masa susah dulu, sebelum pergi kerja, nak tahu apa yang saya baca? Bukan nak acah baik, saya sangat jahil. Tapi sebelum pergi kerja, saya akan baca seribu dinar... rakaat terakhir mesti akan sujud mohon supaya dilimpah rezeki yang banyak.



Mohamad Firdaus sedia ditegur sekiranya terdapat salah dan silap.

"Menangis berdoa supaya diberi sedikit kesenangan... saya berjanji dengan Allah, kalau saya dapat, saya akan tolong org lain," katanya sambil bersyukur doanya itu dimakbulkan Allah SWT sehingga mengecapi kehidupan yang lebih selesa berbanding dahulu bersama keluarga.

Menurut Mohamad Firdaus, apa yang diharapkannnya bukan makian dan cacian, tetapi teguran membina sekiranya terdapat salah silap bagi pihaknya demi kebaikan bersama.

"Andai ada silap, tegurlah dan bukan maki. Tegurlah, saya terima. Tanyalah pada orang-orang yang pernah DM tegur saya, apa yang saya balas? Apapun, terima kasih semua," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Fattah Anas, Anas, Mohamad Firdaus, anak,

Artikel Lain