UMAT Islam khususnya di Malaysia bakal menyambut 1 Syawal yang jatuh pada Ahad. Meskipun Aidilfitri pada tahun ini disambut secara ala kadar gara-gara pandemik Covid-19, namun antara perkara yang tetap tak dilupa selain juadah enak sudah tentulah baju raya! Tanyalah kepada mana-mana individu pun, pasti rata-ratanya tidak mahu ketinggalan untuk melaram pada 1 Syawal, sama ada berbaju baharu ataupun baju sedia ada. ARTIKEL BERKAITAN: Lincah! Bukan sahaja di bilik bedah, Dr Amalina tak mahu ketinggalan terlibat ujian vaksin Covid-19... ramai harap usaha cari penawar wabak sukses! ARTIKEL BERKAITAN: Gaya macam model, Dr Amalina Top 10 pakar pelatih surgikal terbaik UK Begitu jugalah halnya dengan Dr Amalina Che Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia yang berpangkalan di London, United Kingdom (UK) ini. Terpaksa bekerja pada 1 Syawal, doktor muda berusia 33 tahun ini menyatakan dia berada di dalam dilema untuk memakai baju raya penuh glamor ketika bertugas. Perkongsian Dr Amalina di Twitter. "Ingat nak pakai baju raya masa pergi kerja, tapi kalau tak sempat tukar pakai scrubs, tiba-tiba ada crash call/trauma call, hah macam mana?" tulisnya di Twitter dengan nada berjenaka. Perkongsian Dr Amalina mendapat reaksi daripada netizen yang memahami dilema yang dihadapi doktor tersebut. Sambil menyambut gurauan beliau, ada di antara mereka yang berkata tidak ada salahnya untuk doktor tersebut melaram sekali sekala ketika bekerja. "Kenapa perlu memilih jika anda boleh selamatkan nyawa dan keadaan penuh glamor?" tulis seorang netizen. Antara komen netizen terhadap perkongsian beliau mengenai baju raya. Walaupun bersetuju dengan pandangan tersebut, namun doktor itu berkata keselamatan pesakit adalah perkara yang perlu didahulukannya. Dalam pada itu, ada netizen yang tampil memberi cadangan agar doktor tersebut memilih pakaian raya praktikal yang senang untuk ditukar apabila berlaku kes kecemasan. "Jubah Dr! Sekali keluar je bukak," tulis seorang netizen lain. "Hahaha kasi OOTD la sekali dengan baju raya doktor," tulis netizen lain pula sambil disambut oleh doktor tersebut bahawa dia bakal melakukannya selepas tamat syif. Dr Amalina gemar menggayakan fesyen terkini dan memuat naik di laman Instagram. Memiliki 709,000 pengikut di Instagram @dramalinabakri dan 634,800 pengikut di Twitter @dramalinabakri, doktor ini bukan sahaja menggunakan media sosial sebagai medium untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan bersama para pengikutnya. Malah beliau sering memuat naik foto ketika bercuti dan bersantai dengan menggayakan fesyen pakaian terkini seperti seorang model sehingga pernah diberi jolokan Dr Bling Bling. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!