suria

Rindu mi rebus mak! Lima beradik hilang ibu sebulan sebelum Ramadan tak buat persiapan raya - “Ayah sampai sekarang tak lalu makan”

Gambar kenangan arwah Rosimah bersama anak dan suaminya pada raya tahun lalu.

TATKALA tibanya Syawal, ingatan terhadap arwah ibu yang meninggal dunia akibat kanser lidah pada 6 Mac lalu tidak pernah luput dari ingatan.

Nurul Shafina Mazani berkata, meskipun hampir tiga bulan pemergian ibu, ketiadaannya di sisi meraikan hari kemenangan umat Islam itu amat dirasai.

"Untuk raya tahun ni kami tak prepare apa pun. Rasa tak bersemangat sebab kehilangan mak sebulan sebelum Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita derita kanser lidah pergi jua... sempat tulis pesanan terakhir buat 5 anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak boleh cakap, lidah mak keras sepenuhnya” - Bermula dari ulser, kini leher berlubang... anak kongsi derita ibu hidap kanser

"Sampai sekarang masih terasa. Ayah sampai sekarang asyik teringat dekat mak. Makan pun tak lalu.

"Berat badan semakin turun. Setiap hari dia akan melawat kubur mak. Dia juga akan bersihkan kubur mak," katanya kepada mStar.

Ibu Fina meninggal dunia pada 6 Mac lalu.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, setiap kali Syawal, arwah ibunya akan memasak pelbagai juadah untuk mereka sekeluarga.

"Kami semua rindu air tangan mak. Setiap kali pagi raya mak selalu akan masak rendang daging dan ketupat.

"Mak juga akan masak mi rebus. Itu juadah mak paling sedap. Semua suka tapi sekarang kami tak boleh rasa lagi semua tu," katanya.

Sampai sekarang masih terasa. Ayah sampai sekarang asyik teringat dekat mak. Makan pun tak lalu.

NURUL SHAFINA MAZANI

Anak

Kebiasaannya Nurul Shafina atau mesra disapa Fina berkata mereka sekeluarga akan balik ke kampung sebelah bapanya dekat Kuala Ketil, Kedah pada raya kedua.

"Kami selalu balik kampung dekat Kedah sebelah ayah pada raya kedua sebab kampung mak dekat sini (Pulau PInang) je.

"Tapi kali ni kami sekeluarga raya dekat rumah je (Penaga). Sambutan kali ini memang berbeza sangat," katanya.

Gambar kiri: Keadaan ibu Fina sebelum dia disahkan menghidap kanser lidah pada Mei tahun lalu.

Jelasnya lagi, tiada baju raya untuk mereka sekeluarga pada Syawal kali ini.

"Tahun ni tak ada baju raya. Kami pakai je baju apa yang ada.

"Saya cuma beli dekat adik bongsu je sebab kesian dekat dia yang masih kecil. Mesti nak rasa suasana Aidilfitri juga," katanya.

Fina sebelum ini berkongsi kisah ibunya yang menderita kanser lidah tahap empat di Facebook sehingga mengundang sebak netizen.

Rosimah Ismail bagaimanapun menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 Mac lalu dan sempat menulis pesanan buat lima anaknya itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain