suria

Tiga pramugari dah siap sedia bertugas 1 Syawal, tapi rezeki dapat beraya dengan keluarga - “Tak tahulah tiba-tiba nangis dalam kabin”

(dari kiri) Lunia, Atyn dan Maisarah tiga pramugari yang menjadi perhatian menerusi video kompilasi lagu Siti Nurhaliza.

MASIH ingat lagi tiga pramugari jelita merakamkan video mereka menyanyikan kompilasi lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza sehingga menarik perhatian dan menerima pujian netizen?

Lebaran kali ini mereka kembali dengan video kompilasi lagu raya dari malar segar, tradisional hingga berentak moden.

Sebelum ini, mereka menyanyi bagi menghilangkan kebosanan kerana berada di rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berikutan pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah masanya! Tiga pramugari cun tonjol bakat buat 'konsert', ada yang kata suara mirip Tok Ti - "Meremang sebab cuma kami bertiga, tak pakai minus one"

Ketika itu banyak syarikat penerbangan terjejas, dengan mengurangkan dan kemudian membatalkan beberapa penerbangan.



Tiga jelitawan berkongsi kisah bertugas di awan biru.

Salah seorang daripada trio jelitawan itu, Siti Nur Maisarah Johari, 27, berkata, mereka sepatutnya melalui pengalaman bertugas dengan kedatangan Syawal tahun ini.

"Masa Syawal tahun lalu, kami masih dalam latihan lagi, belum lagi jadi kru di lapangan. Tapi jurulatih telah beri peringatan yang kerja sebagai kru kabin ni memang kena bertugas tanpa mengira cuti umum ke apa termasuklah hari raya.

"Walaupun tak merasa lagi, mula-mula tu dah bersedia yang tahun ni mungkin tak dapat beraya sebab kena bertugas. Kalau tak disebabkan pandemik dan penerbangan beroperasi seperti biasa, memang kami kena bertugas, lebih-lebih lagi kami junior," katanya kepada mStar.



Bergaya di rumah menjadi kelaziman buat tiga gadis ini.

Lebih mesra dengan panggilan Maisarah, dia berkata, ketiga-tiga mereka bersedia menerima dengan hati terbuka untuk bertugas ketika hari raya meskipun berat hati pada mulanya.

"Dengar cerita daripada senior, mereka pernah beraya di luar negara, dalam penerbangan pun ada. Kalau bernasib raya jatuh pada off day tu kira untunglah.

Perasaan macam-macam, nak kata happy sangat pun tak, nak kata sedih tak kerja pun tak. Apa yang pasti raya tahun ini agak berbeza.

MAISARAH

"Memang kena bersedia tapi tak nafikan satu suasana lain kalau tak dapat beraya bersama famili. Tak adalah hati kental, tapi kalau dah memang kena bertugas, kami reda je.

"Kalau saya, mungkin sebak di pagi raya. Tapi dalam pesawat kena control perasaan tu. Tapi sebab sibuk bertugas mungkin juga tak terfikir. Tak tahulah kalau tiba-tiba nangis dalam kabin," katanya sambil menambah dua rakan setugas, Nur Fatin Alya Zulkefley (Atyn), 24, dan Ainul Rashida Ahmad Mokhtar (Lunia), 26 juga tinggal serumah.



Kegembiraan kerana berpeluang beraya bersama keluarga masing-masing.

Mengenai video kompilasi lagu raya, Maisarah memberitahu, mereka menyanyikan kira-kira 30 lagu dan lagu kegemaran adalah yang terakhir di dalam klip berkenaan iaitu Lebaran Ini, gandingan kumpulan nasyid Raihan dan Nowseeheart bersama Rem dan Ajai.

"Ikutkan pengikut kami ada request kami nyanyi lagu-lagu raya. Kami hanya pilih lagu raya yang popular dari dulu sampai sekarang.

"Lagu-lagu raya yang nostalgik, bila dengar orang akan teringat zaman kanak-kanak sebab kami rasa lagu-lagu raya yang lama akan sentiasa kekal dimainkan setiap tahun," katanya.



(dari kiri) Maisarah, Atyn dan Lunia, masing-masing beraya bersama keluarga di Cheras, Seremban dan Kuantan.

Susulan industri penerbangan yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19, Maisarah berkata, situasi itu secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk berhari raya bersama keluarga pada tahun ini.

"Perasaan macam-macam, nak kata happy sangat pun tak, nak kata sedih tak kerja pun tak. Apa yang pasti raya tahun ini agak berbeza.

"Mungkin kalau ditakdirkan kena bertugas pada hari raya, harapnya masa kerja tu best dan tak stres, jadi boleh nyanyi lagu-lagu raya, ” katanya sambil menambah dia beraya bersama keluarga di Cheras, manakala Atyn di Seremban, Negeri Sembilan manakala Lunia di Kuantan, Pahang.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pramugari, Siti Nurhaliza, raya, jelita,

Artikel Lain