suria

Cleopatra ‘ibu tunggal hot’ kongsi kisah dibesarkan dalam keluarga susah... dapat duit raya 5 sen dah gembira!

Cleo tidak kisah tentang persiapan raya dirinya, sebaliknya fokus pada anak-anak, keluarga dan misi membantu orang susah.

NAMA wanita ini pernah hangat diperdebatkan gara-gara pertemuannya dengan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekitar tahun lalu.

Setelah sepi dari kontroversi itu, dia yang dikenali sebagai Cleopatra acap kali menarik perhatian ramai menerusi beberapa perkongsian di media sosial.

Ditambah dengan kehadiran dua cahaya mata comel, Andromeda, 3, dan Astreanova, 2, ramai peminat sentiasa ternanti-nanti perkongsian terbaharu tentang mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya minta doakan cepat sembuh, Cleopatra kesal nama 2 anak dikaitkan dengan ahli neraka - “Hilang maruah anak saya tak dapat terima”

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda yang saya sayang perlu dilepaskan” - Lelong cincin RM100,000 dalam Lamborghini untuk kebajikan, Cleopatra ada doa khas untuk haters

Kali ini, pemilik nama sebenar Nur Fathiah Syazwana itu tampil berkongsi kisah sambutan hari raya sewaktu dia masih kecil dan ketika sudah bergelar seorang ibu.

Mesra disapa Cleo, ahli perniagaan itu mendedahkan kenangan paling tidak dapat dilupakan tentunya aktiviti berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengutip duit raya suatu ketika dahulu.

"Saya bukan berasal dari keluarga senang. Ibu dibesarkan oleh nenek saya yang juga ibu tunggal dalam rumah flat kecil dengan suasana kejiranan berbilang kaum.

2020 menjadi tahun kedua Cleo meraikan Aidilfitri sebagai ibu tunggal.

"Ingat lagi sewaktu kecil, kami berkumpul satu rombongan berkawad ke setiap rumah jiran untuk kutip duit raya. Minimum pernah dapat 5 sen, maksimum setiap rumah 50 sen. Pada zaman itu ia sudah bernilai untuk saya," ujarnya kepada mStar.

Menurut Cleo lagi, dia juga tidak begitu kisah perihal baju raya kerana faham dengan kekurangan keluarganya pada waktu itu.

Jelasnya, dia melihat situasi insan-insan lain yang jauh lebih susah sekali gus memberi rasa keinsafan dalam diri agar sentiasa bersyukur seadannya.

"Apabila kita ditimpa kesusahan yang mana satu pasang baju tidak dapat dibeli, pakai yang lama. Kita harus bersyukur kerana pasti ada orang lagi susah dari kita. Jadi harus muhasabah diri kita seadanya dengan semua ketentuan Allah.

Buat semua yang selama ini mencemuh saya, saya memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri saya. Semoga kita ambil ikhtibar dari wabak Covid-19 ini sebagai satu cara Allah menguji kita, yang mana Allah mahu kita bersatu hati.

CLEOPATRA

AHLI PERNIAGAAN

"Saya selalu tidak kisah langsung dengan persediaan baju raya. Kadang sepasang kadang tidak beli langsung. Hanya saya utamakan keluarga, ibu bapa, adik-adik dan anak saya ada baju raya. Jika ini tercapai, I feel complete," ujarnya lagi.

Paling penting kata Cleo, hidangan rendang wajib ada sebagaimana disediakan ibunya saban tahun.

Katanya lagi, tahun 2020 turut menjadi tahun kedua dia meraikan Aidilfitri sebagai ibu tunggal.

Dua anak Cleo sering menjadi perhatian ramai.

Faham lumrah dihadapi kebanyakan golongan itu di luar sana, dia juga aktif memberi sumbangan dalam meringankan beban mereka.

Sebagai Presiden Pertubuhan Perkasa Wanita Malaysia (PPWM), Cleo mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu masyarakat di luar sana.

Malah, dia juga turut mengadakan Projek Juadah Iftar #ForNeedyPeople di sekitar Klang, Selangor.

Cleo menerusi Pertubuhan Perkasa Wanita Malaysia komited membantu golongan susah.

Akhir bicara, Cleo turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya buat semua yang pernah menyokong, tak kurang juga mencemuh dirinya selama ini.

Malah, dia turut mengajak semua orang agar terus melakukan kebaikan dalam membantu golongan memerlukan.

"Buat semua yang selama ini mencemuh saya, saya memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan diri saya. Semoga kita ambil ikhtibar dari wabak Covid-19 ini sebagai satu cara Allah menguji kita, yang mana Allah mahu kita bersatu hati," ujar Cleo lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain