suria

Untunglerr... Romantik Ebit Lew khas buat si bidadari, jom tengok video ala Bollywood di Aidilfitri! – “Meh pegang tangan abang, kita beraya pusing rumah je”

Tangkapan skrin klip video Ebit bersiar-siar bersama isteri di kawasan rumahnya sempena Aidilfitri. Foto instagram ebitlew

MASIH ingat lagi video ala Bollywood pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang asyik mengusap tangan isteri ke pipi sambil memandu kereta?

Ustaz yang tidak pernah mengenal erti penat lelah membantu masyarakat terutama golongan daif itu, kembali menunjukkan sisi romantiknya sempena Aidilfitri kali ini.

Jika dahulu lagu berjudul Gerua yang dipetik daripada filem Diwale lakonan Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol, kali ini Ebit masih menggunakan lagu beirama Bollywood.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz romantis! Video 'Bollywood' Ebit Lew usap tangan isteri ke pipi cetus rasa bahagia – "Terasa segar muka"

Menerusi klip video dengan lagu yang juga daripada filem Diwale berjudul Janam Janam, Ebit bersama isteri yang digelarnya sebagai bidadari, bersiar-siar sambil berpegangan tangan, di sekitar rumah agamnya.



Isteri mengucup tangan Ebit di akhir video.

Video romantis itu diakhiri dengan adegan isterinya mengucup tangan Ebit sebelum pendakwah itu mengeratkan pautan tangan isteri.

"Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah je. Bidadariku kasih sayang. Duduk rumah paling best pegang tangan bidadari pusing rumah.

"Berbual-bual. Bermanja-manja. Anak semua dah tahu dah. Semua senyum je," menurut Ebit menerusi perkongsiannya di laman sosial pada Selasa, 3 Syawal.

Ebit berkata, isteri yang dicintainya itu sentiasa mendoakan beliau tanpa mengira waktu meskipun dilanda ujian dan kesedihan.

"I love you bidadariku. Jika sedih dan ada ujian, bidadari saya akan doakan saya. Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa... bila bidadari yang selalu berjuang di rumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur.



Ebit dan isteri bergaya di perkarangan rumah.

"Saya tahu insyaAllah sekejap lagi Allah kabulkan doa ini. Selalu dari dulu begitu. Baiknya Allah. Doa wanita di rumah ini ajaib.

"Dulu doa mak yang sentiasa bersamaku. Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar.

Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa... bila bidadari yang selalu berjuang di rumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur

EBIT LEW

"Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak. Doa isteri," ujar bapa empat anak itu.

Berkongsi perasaan kasih sayang buat isteri, Ebit memberitahu isterinya juga sentiasa menawan hatinya sebagai suami.



Ebit bersama isteri dan empat anaknya.

Malah katanya, isteri beliau juga yang menjadi tulang belakang yang memberi kekuatan kepada perjuangannya selama ini.

"Ya Allah betapa diriku menyayangi bidadariku ini. Sayangilah dirinya. Jaga, sihat, berhias sentiasa cantik menawan di hatiku.

"Senyuman dan wajah yang menguatkan perjuangan ini. Tangisan dalam doa menjadi asbab kaki ini terus berjuang. I love you bidadariku. I miss sayang bidadariku," kata Ebit.

"Alhamdulillah. Terima kasih ustaz kerana menyayangi isteri ustaz selayaknya. Semoga menjadi contoh dan ikutan suami lain di luar sana," tulis seorang netizen.

"Macam pengantin baharu," komen netizen yang lain berserta emoji hati berwarna merah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain