suria

Adik menangis lagi, sayu hati imbau momen usap pipi abang di sebalik kawat duri - “Tak dapat peluk, tak dapat cium... hulur tangan pun jadilah”

Paparan skrin video itu yang tular di media sosial.

SETIAP kali diulang tayang video itu, air mata pasti akan bercucuran.

Demikian kata Nur Adilah Abu Sien yang tular menerusi video pertemuan dengan abangnya di sebalik kawat berduri dek larangan rentas negeri oleh kerajaan.

Kisahnya ada disiarkan di mStar pada Rabu sebelum dia sekali lagi muncul secara langsung menerusi program mStar Live + pada sebelah petangnya.

"Kita dah lama tak jumpa kan, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, jadi apabila dapat jumpa macam tu, siapa yang tak terharu?

"Dah lama tak jumpa, saya memang sayang dengan abang. Tak dapat peluk, tak dapat cium... hulur tangan pun jadilah," ujarnya.



Nur Adilah tampil menerusi mStar Live + pada Rabu petang.

Menerusi video tular pada 1 Syawal lalu, Nur Adilah bersama abangnya, Shahrun Abu Sien bertemu di sempadan antara Selangor dan Perak.

Malah kata Nur Adilah, pertemuan yang cukup meruntun jiwa itu berlangsung dalam tempoh kurang lima minit sahaja.

Selain kisah itu, program borak santai yang mengupas isu semasa dunia hiburan dan perkembangan tempatan yang disiarkan menerusi Facebook mStar Online pada setiap Rabu pukul 3.30 petang itu turut membicarakan isu-isu lain.

Antatanya, isu tongkat khutbah raya, suasana raya PKP Bersyarat (PKPB), pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sambutan raya serta kesukaran mendapatkan barang keperluan masakan sempena perayaan itu.

Bagi anda yang terlepas siaran langsung hari ini, jangan risau kerana ia masih boleh ditonton di Facebook mStar.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nur Adilah Abu Sien, raya, SOP, PDRM

Artikel Lain