suria

Memalukan! Sebulan sibuk beribadah, tahan nafsu... gambar tangan ‘mendarat’ di punggung pasangan trending di Twitter ketika Syawal

Aksi tidak senonoh yang dimuat naik media sosial mengundang kecaman netizen.

HARI Raya Aidilfitri disambut bagi meraikan kemenangan selepas umat Islam menunaikan kewajipan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan selama sebulan.

Tibanya 1 Syawal, pastinya media sosial dibanjiri dengan perkongsian netizen yang memuat naik gambar bersama pasangan, keluarga dan juga gambar OOTD raya masing-masing.

Namun, kemunculan satu trend baharu yang muncul di Twitter sejak semalam, mencemarkan kesucian hari lebaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu terkejut! Pelajar bijak dan cantik pandai ‘cover’ kemiskinan, baju kedut bongkar kisah menyayat hati - “Mereka tinggal di stor cleaner”

ARTIKEL BERKAITAN: Guru ‘back up’ murid asyik terberak dalam seluar, selepas bertahun akhirnya terbongkar kisah sebenar – “Cikgu maafkan kesalahan saya”

Di kala ingin meraikan kegembiraan, terdapat kumpulan netizen bertindak melampaui batasan apabila berkongsi gambar tidak senonoh di media sosial.

Beberapa keping gambar yang tular itu memaparkan pasangan sedang bergambar, sambil tangan si lelaki 'mendarat' di punggung wanita yang berada di sampingnya.



Posting guru, Mohd Fadli Salleh yang membuat teguran di Facebook.

Sudah pasti ia sesuatu yang memalukan kerana ia dikongsi tanpa perasaan segan di media sosial.

Paling dibimbangi, perkongsian sedemikian menjadi contoh atau tauladan yang tidak elok buat kanak-kanak dan remaja.

Terpanggil untuk memberi teguran, seorang guru yang tidak asing lagi di Facebook, Mohd Fadli Salleh turut meluahkan rasa kecewanya dengan trend baharu di Twitter itu.

"Trending terbaru di Twitter katanya. Berlambak gambar begini orang share kat Twitter hari ini. Gambar raya sambil ramas punggung isteri/teman wanita.

"Ia tak sweet okay! Ia memalukan. Ia melampaui batas. Sangat tidak patut kongsi gambar begini pada umum.

Nak sangat ambil gambar ramas bontot isteri ke, girlfriend ke, tunang ke, tolong jangan post kat media sosial.



Mohd Fadli, seorang guru yang tidak asing lagi di Facebook kerana sering berkongsi aktiviti kebajikan serta pandangan yang membina.

"Ia akan menjadi ikutan budak-budak dan remaja. Dan ia bukan budaya yang baik untuk diikuti," tulisnya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Tulisnya lagi, aksi sedemikian langsung bertentangan dengan amalan-amalan yang dilakukan sewaktu di bulan Ramadan di mana rata-ratanya sibuk melakukan ibadah demi mengejar pahala.

"Sebulan menahan nafsu. Sebulan kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebulan kita cuba istiqomah bersedekah solat tarawih, mengaji Quran, tahajud dan sebagainya.

"Dan sebaik habis bulan paling mulia, takkan kita nak raikan kemenangan dengan paparkan pada dunia kita sedang meramas punggung isteri sendiri? Serius ia tak okey!

"Untuk simpanan peribadi, terpulang. Namun untuk berkongsi di media sosial, ia sangat tak patut dan memalukan," ujarnya.



Antara komen netizen yang turut meluahkan rasa geram dengan tindakan keterlaluan pasangan berkenaan.

Bukan sahaja bertentangan dengan agama, bahkan ia juga langsung tidak menggambarkan ciri-ciri budaya dan adat ketimuran di sebagai seorang Islam.

"Please stop kongsi gambar begini. Jangan jadikan benda tak elok sebagai trending dan ikutan.

"Jika pun tidak malu pada Tuhan, sekurang-kurangnya malulah pada adik-adik dan remaja yang memerhati," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 2,000 shares dan ribuan komen netizen yang menyokong teguran guru berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
cikgu, trend, ramas, Twitter

Artikel Lain