suria

Alieff Irfan pertama kali beraya didampingi isteri, peminat... banyak perancangan perlu dilupakan tetapi bukan soto!

Alieff buat pertama kalinya beraya sebagai suami pada tahun ini.

"BERUBAH 360 darjah."

Demikian kata YouTuber terkenal kelahiran Kelantan, Alieff Irfan yang bakal meraikan Aidilfitri buat pertama kali sebagai suami pada tahun ini.

Mesra disapa Alieff, dia dan isteri, Nurul Nabilah Aliah Hazman bagaimanapun tidak dapat meraikan hari mulia itu sebagaimana dirancang disebabkan Covid-19 yang melanda negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya akui ia memang menjatuhkan maruah guru” - Youtuber Alieff Irfan menyesal buat video kisah lucah ala Cikgu Suraya

ARTIKEL BERKAITAN: Personaliti Yotube dituduh tunjuk 'buruk' Kelantan, malukan negeri sendiri hasilkan video mat rempit

"Persiapan jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Satu, sebab dah berumahtangga, kedua, sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ini tahun pertama kami beraya sebagai suami isteri. Tapi tak rasa benar-benar beraya disebabkan PKP.

"Kami beli dua pasang baju raya sahaja. Ikut tema warna pink belacan dan emerald green," ujar jejaka berusia 23 tahun itu kepada mStar.

Alieff dan isteri selamat diijabkabulkan pada Februari lalu.

Menurut Alieff, dia merancang untuk beraya di Kelantan sebelum berangkat ke kampung isterinya di Segamat, Johor pada lebaran kedua.

Namun, semuanya tinggal angan-angan kerana larangan rentas negeri oleh kerajaan, memaksa mereka hanya beraya di Kelantan sahaja.

"Kami di Kubang Kerian, rancangannya nak balik Johor pada hari raya kedua. Sebelum kahwin kami dah rancang nak buat rumah terbuka raya tahun ni.

Situasi sambut raya dah berbeza. Kalau dulu pergi menziarahi rumah sesiapa, kita borak-borak. Sekarang ada yang ajak bergambar. Tapi saya OK sahaja. Tanpa sokongan mereka siapalah saya.

ALIEFF IRFAN

YOUTUBER

"Tapi tak boleh nak dilaksanakan. Walau macam mana pun, hidangan soto wajib ada. Saya memang akan cari soto pada hari raya.

"Biasa mak yang buat, kali ni nak minta isteri belajar masak soto pula," ujarnya yang baru berkahwin pada Februari lalu.

Menurut Alieff, situasi sambutan raya juga banyak berbeza sebelum dia bergelar YouTuber dan selebriti media sosial.

Alieff akui sambutan raya berubah 360 darjah kerana statusnya sebagai suami dan situasi semasa yang kini melanda negara.

Jika dahulu raya hanya diraikan bersama keluarga dan teman, kini ditambah pula dengan kehadiran peminat.

"Situasi sambut raya dah berbeza. Kalau dulu pergi menziarahi rumah sesiapa, kita borak-borak. Sekarang ada yang ajak bergambar.

"Tapi saya OK sahaja. Tanpa sokongan mereka siapalah saya? Mungkin ada orang nampak saya sombong, tapi itu karakter dalam video sahaja.

"Saya tak pernah tolak kalau ada orang ajak bergambar," ujar Alieff lagi.

Alieff dan isteri beraya di Kelantan pada tahun ini.

Bercerita mengenai perkembangan kerjayanya, Alieff berkata dia dan isteri sibuk dengan perniagaan masing-masing.

Malah, jumlah video yang dihasilkannya juga berkurang kerana PKP yang dikuatkuasakan sejak Mac lalu.

"Kena kreatif. Dulu boleh keluar, sekarang rakam video di halaman rumah sahaja.

"Tapi kuantiti video kurang berbanding sebelum ini. Tapi Alhamdulillah video-video lama masih lagi menjana wang buat saya," ujar Alieff lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain