suria

“Dia dah rancang nak jumpa dan peluk saya” - Gadis ‘ditinggalkan’ BFF pada hari raya kedua, tak tidur malam fikir bagaimana nak teruskan persekolahan

Iman (kiri) sedih berkongsi mengenai pemergian rakannya di Twitter.

SUDAH bersabahat baik sejak di bangku sekolah rendah, siapa sangka mereka akhirnya terpisah pada hari kedua Aidilfitri, Selasa lalu.

Menurut Nur Iman Irdnina Mohd Sufian, 16, rakan baiknya, Puteri Dalila Azmi menghembuskan nafas terakhir kerana menghidap kanser darah sejak tahun lalu.

Mesra disapa Iman, dia mengakui sukar untuk membayangkan hari-hari persekolahan selepas ini memandangkan arwah duduk bersebelahannya di dalam bilik darjah.

ARTIKEL BERKAKTAN: “Dia mesej kejut saya sahur” - Hantar ramen momen terakhir bersama BFF, gadis sebak BFF maut langgar lari semasa COD makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat berkelakuan pelik, segalanya terjawab ketika konvoi jalan-jalan cari makan, “Dia cakap hal mati, kemalangan dan rindu arwah ibu bapa”

"Dari tahun lima, sekarang kami dah tingkatan empat. Dah lama berkawan, dia duduk sebelah meja saya dalam kelas.

"Saya dapat tahu dia meninggal masa hari raya kedua. Dapat tahu dari group sekolah. Tapi sekarang kan tak boleh ziarah ramai-ramai, saya hanya mampu doa dari jauh.

Iman (kiri) dan Puteri Dalila sering bersama ke mana sahaja terutamanya ketika berada di sekolah.

"Dia punya sedih, tak tahu nak cakap macam mana. Tak boleh tidur malam. Saya menangis kuat, sampai tak keluar bilik," ujarnya kepada mStar.

Menurut Iman, dia pastinya merindui rakannya yang mesra disapa Lila itu memandangkan banyak kenangan dikongsi bersama sepanjang mereka bersahabat.

Sama-sama menetap di Bandar Tun Hussein On, Cheras, Selangor, mereka juga pastinya akan beraya bersama pada tahun-tahun sebelum ini.

Mungkin sebab terbayang kawan saya. Kami satu kelas dari dulu, dia duduk sebelah meja saya. Dalam sekolah nak pergi ke mana-mana sahaja, pasti saya teman dia.

NUR IMAN IRDINA MOHD SUFIAN

RAKAN ARWAH

"Kami biasanya akan beraya bersama. Akan ziarah menziarahi, ambil gambar sama-sama. Tahun ni je tak jumpa. Tapi kami dah ada rancangan sebenarnya.

"Misalnya tahun ni jika ada rumah terbuka atau jamuan raya di sekolah, dia nak datang, nak jumpa dan peluk saya. Tapi tak kesampaian," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, posting Iman mengenai pemergian rakannya menerima hampir 10,000 perkongsian di Twitter.

Mereka sudah bersahabat sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Kata Iman, dia terharu apabila ramai yang menyampaikan ucapan takziah, tak kurang juga yang memberi kata-kata semangat buatnya.

"Saya terharu ramai orang bagi kata-kata semangat. Pada masa yang sama jadi makin sedih juga.

"Mungkin sebab terbayang kawan saya. Kami satu kelas dari dulu, dia duduk sebelah meja saya. Dalam sekolah nak pergi ke mana-mana sahaja, pasti saya teman dia," ujarnya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
sahabat, kanser darah, arwah

Artikel Lain