suria

Pelajar belum habis baca soalan, cikgu power Add Math dah selesai jawab sambil gelak-gelak... nak nangis tengok!

Aksi Fathi yang menjawab soalan Matematik Tambahan dengan selamba mencuit hati ramai.

SUDAH namanya guru Matematik, soalan-soalan dalam subjek itu juga pastinya sudah tersedia dalam kepalanya.

Terbaharu, video yang memaparkan aksi guru viral, Fathi Hussein yang menjawab soalan Matematik Tambahan dengan pantas dan santai menerusi satu filter khas di Instagram story ternyata mengundang perhatian ramai.

Video itu turut dikongsi oleh pelayar Twitter @arhammunirr dan sehingga kini menerima hampir sejuta tontonan sejak dimuat naik pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak ikut trend punya fasal, cikgu Add Math gigih mengajar dalam sungai walau jalan bertongkat

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut tengok gambar diri sendiri dalam longkang! Cikgu Matematik viral dedah pernah accident setiap bulan dalam masa setahun

"Ya Allah insecurenya aku. Aku nak baca soalan pun tak sempat," tulisnya.

Sehingga kini, posting itu juga menerima hampir 67,000 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka atas kepakaran Fathi menjawab soalan-soalan berkenaan.

Fathi sentiasa mencuri tumpuan ramai dengan video-video yang dihasilkannya.

Pada masa sama, ramai yang turut meluahkan rasa kasihan pada diri sendiri yang tidak mampu untuk membuat kira-kira Matematik sepantas itu, apatah lagi tanpa bantuan kalkulator.

"Saya sebagai manusia bodoh Math, bukan jawapan, soalan pun saya tak sempat baca.

"Bila tengok orang lain yang bijak pandai berbakat membuatkan aku mempersoalkan kewujudan aku kat dunia ni.

Pada saya, Matematik Tambahan ni bukan sekadar subjek sahaja. Kita boleh berseni, berkarya dengannya. Yang penting pelajar kena berani.

FATHI HUSSEIN

GURU MATEMATIK

"Aku paling kurang kena lima minit nak selesaikan soalan tu.

"Dia jawab sambil gelak-gelak. Kalau aku jawab sambil nangis-nangis," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, ia bukanlah kali pertama Fathi menjadi tular.

Malah, banyak video miliknya sebelum ini turut mendapat perhatian ramai.

Fathi sebelum ini pernah tular kerana mengajar subjek itu di dalam sungai.

Antaranya, aksi mengajar Matematik di dalam kelas serta video mengajar subjek itu di dalam sungai, di hadapan Istana Negara dan sebagainya.

Menerusi temubual sebelum ini, Fathi berkata dia sengaja mencari elemen seronok untuk diterapkan dalam menarik minat murid terhadap subjek itu.

"Saya bawa elemen baharu, buat mereka rasa dekat. Barulah boleh tarik mereka untuk meneroka subjek ini.

"Pada saya, Matematik Tambahan ni bukan sekadar subjek sahaja. Kita boleh berseni, berkarya dengannya. Yang penting pelajar kena berani," ujar Fathi lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain