BANG Din hanyut kat laut pagi tadi. Begitulah sekeping mesej ringkas yang dihantar Rozaina Safee, 43, kepada ahli keluarganya pada Jumaat lalu, memaklumkan kehilangan suaminya, Nordin Saad, 52, sewaktu keluar menangkap ikan di Muara Kuala Kedah. Paparan skrin mesej itu kemudiannya turut dikongsi di laman Twitter oleh adiknya, Rozalina Safee, 24, dengan tujuan memohon doa orang ramai buat abang iparnya. ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa terakhir tragedi lemas babitkan tiga beradik ditemui ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sanggup saya nak memandu van jenazah mereka” - Bapa 3 beradik mati lemas Mesra disapa Deena, dia bagaimanapun memaklumkan mayat lelaki itu ditemui pada tengah hari Sabtu sekaligus menamatkan penantian mereka sekeluarga. "Arwah keluar pada pukul 7 pagi, biasanya pukul 10 pagi dia akan balik. Tapi hari tu tak balik-balik sehinggalah kakak dapat panggilan dari pihak Maritim yang menemui bot miliknya dalam pukul 3 petang. "Mereka maklumkan bot tu kosong. Barang, bekal semua masih ada. Esoknya dia ditemui dekat muara. Nordin Saad (hujung, kiri) bersama keluarga serta isterinya, Rozaina Safee (hujung, kanan). "Memang kami sekeluarga sedih. Tapi kakak kata sekurang-kurangnya dah jumpa, dia reda dengan apa yang belaku," kata Deena kepada mStar. Selepas menjalani bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, mayat mangsa dikebumikan di kampung keluarga Deena di Perlis pada Sabtu malam. Menurut wanita itu lagi, kakak dan arwah abang iparnya sudah berkahwin hampir 30 tahun dan mempunyai dua cahaya mata berusia 25 dan 20 tahun. Saya bersyukur, walaupun tak kenal tapi ramai yang doakan. Ada yang mesej tanya perkembangan semasa. Sangat bersyukur, saya juga update sampailah dah jumpa sebab ramai yang nak tahu. ROZALINA SAFEE/DEENA ADIK IPAR MANGSA Kata Deena, dia juga turut terkesan dengan kejadian itu memandangkan sudah membesar dengan arwah yang dianggap sebagai abang sendiri. "Masa saya kecil mereka sudah kahwin. Dah anggap macam abang sendiri. Dia memang senang kalau nak minta tolong. Posting Deena yang memohon doa orang ramai di Twitter. "Memang seorang yang tak kedekut. Baik hati, pandai bertukang," katanya lagi. Dalam pada itu, Deena turut berterima kasih apabila ramai yang turut mendoakan penemuan abang iparnya sejak kisah itu dikongsi dan mendapat perhatian meluas di laman Twitter. "Saya bersyukur, walaupun tak kenal tapi ramai yang doakan. Ada yang mesej tanya perkembangan semasa. Perkembangan kes yang dikongsikan Deena menerusi Twitter sebelum mangsa ditemui pada tengah hari Sabtu. "Sangat bersyukur, saya juga update sampailah dah jumpa sebab ramai yang nak tahu," katanya lagi. Menerusi kejadian pada Jumaat lalu, nelayan itu dilaporkan hilang sewaktu keluar menangkap ikan secara bersendirian. Isteri mangsa dimaklumkan mengenai kehilangan itu pada Jumaat petang setelah dia keluar menangkap ikan sejak awal pagi. Nordin kemudiannya ditemui kira-kira dua batu nautika dari tempat dia dipercayai terjatuh dari bot. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pula digerakkan oleh Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dan Jabatan Perikanan Kedah sebelum mangsa ditemui pada 12 tengah hari, Sabtu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!