"LAIN macam kau bang ilmunya ni" Demikian antara reaksi netizen terhadap perkongsian video oleh seorang pelayar di Twitter yang memaparkan kehandalan seorang lelaki menangkap ular tedung selar. Menerusi video berdurasi 41 saat itu, kelihatan seorang lelaki selamba mencengkam kepala seekor ular tedung selar sambil menarik haiwan tersebut ke kawasan lapang selepas ia ditangkap. ARTIKEL BERKAITAN: Awas bawa anak mandi pantai musim cuti sekolah, ‘otai’ kongsi petua mudah jika kulit terkena obor-obor... jenis kedua bahaya! ARTIKEL BERKAITAN: Ramai bengang tengok gaya lelaki ‘acah’ hero libas kepala ular sampai putus, ada juga yang sokong - “Dari kesian terus nak maki” Riak muka si penangkap ular yang selamba memegang kepala haiwan tersebut sementara menunggu ketibaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bukan sahaja membuatkan orang kampungnya terpana, malah netizen juga turut kagum dengan kehebatan lelaki tersebut. Apatah lagi melihat saiz reptilia itu yang sebesar lengan orang dewasa dan panjangnya gampir mencecah dua meter! Yob berkongsi video penduduk di kampungnya berjaya menangkap seekor ular tedung selar. Pasti si penangkap ular tersebut bukan calang-calang hebatnya. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelayar Twitter yang hanya mahu dikenali sebagai Yob itu berkata, insiden berkenaan dirakam di kampung halamannya di Kampung Lembah, Padang Rengas, Perak baru-baru ini. Baca reply semua terikut ikut dialek Hantu Kak Limah dah aku ni. NETIZEN "Sebenarnya ketika kejadian saya tiada di lokasi itu, namun menerusi video yang diterima daripada group WhatsApp, dimaklumkan ular ditangkap di sebuah kawasan di kampung," katanya. Menurut Yob, lelaki yang menangkap ular tersebut dikenali dengan nama Nyah oleh penduduk kampung. "Penangkap ular ni dikenali dengan panggilan Nyah. Handal atau tidak itu saya tidak pasti, tapi si penangkap memang pernah tangkap ular beberapa kali sebelum ni," ujarnya. Tambah Yob, ular tedung selar tersebut merupakan antara ular terbesar yang pernah ditangkap lelaki berkenaan. Reptilia tersebut diserahkan kepada JPAM yang tiba tidak lama kemudian. Ular tersebut kemudian diserahkan kepada JPAM yang tiba tidak lama kemudian. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 7,300 retweet dan 4,700 like selain dihujani ratusan netizen. Selain kagum dengan kehebatan lelaki yang menangkap ular tersebut, rata-rata komen netizen juga nyata terhibur dengan loghat Perak yang digunakan oleh Yob dalam posting tersebut. Malah, mereka turut menggunakan loghat Perak di dalam komen masing-masing. Antara komen netizen yang turut membalas dalam loghat Perak. "Ate mane datangnye ulor celah-celah itu... bahaya beno la kome duduk di situ.. mana tidaknye... rumah tepi semak. Kalau ye pon tebas la sikit," komen seorang netizen. "Tinggei deme tak cium kepale ulor tu je," komen netizen yang lain pula. "Buat seronden (serunding) sedap tu chor. Ei mok, sekampong boleh makan," komen seorang netizen lain. "Baca reply semua terikut ikut dialek Hantu Kak Limah dah aku ni," komen seorang lagi netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! Aje handei orang kampung teman ni, tangkap ulor tedong rope tu jeeee pic.twitter.com/P7lUZ7JEOR — Myst (@miloxmilk) May 29, 2020