suria

Biker seram kena tegur, terus tak jadi 'rasmi' kasut lampu... jauh sekali nak shuffle - “Masa tu cuma ada saya dan girlfriend”

Shafiq Monster (gambar kecil) menceritakan pengalaman ditegur pasukan polis dekat Dataran Merdeka.

"ENCIK lepas ambil gambar, beredar okay. Jangan berkumpul kat sini, saya bagi dua minit saja."

Demikian tegas anggota polis menerusi pembesar suara daripada kereta peronda polis ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, dalam video yang kini tular di media sosial.

Video berdurasi 24 saat itu menunjukkan seorang pemuda yang memakai kasut 'berlampu' cuba beraksi di hadapan motosikalnya di tepi sebuah jalan sebelum ditegur polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar beranikan diri hampiri lelaki tersadai tepi highway jam 2 pagi, kesudahannya tuntun motor lebih 20km lalu Jambatan P.Pinang!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu 4WD sebak jumpa lelaki gigih tolak motosikal dari Tanjung Malim ke Penang selepas dibuang kerja, dibayar RM5 - "Dia dah macam hilang separuh nyawa"

Rata-rata netizen pada awalnya menyangka video yang dimuatnaik oleh rakannya terdapat penampakkan atau unsur mistik, susulan keterangan video: "Member nak photoshoot, sekali kena tegur. Seram siot."



Shafiq bergambar dekat Dataran Merdeka.

"Ingat kena tegur dengan makhluk halus," tulis seorang netizen.

"Mati-mati aku ingat benda halus tegur ke apa tadi. Last-last abang polis," komen netizen yang lain.

Bercakap kepada mStar, penunggang motosikal berkenaan, Muhamad Nur Shafiq Roslan memberitahu, kejadian berlaku dekat Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu malam.



Kasut 'berlampu' Shafiq menjadi perhatian.

Pemuda berusia 26 tahun itu bagaimanapun memberitahu ketika itu, hanya dia bersama teman wanita yang membantu membuat rakaman tersebut.

“Saya dan girlfriend ada urusan di Kuala Lumpur, dan sebelum pulang kami ingat nak singgah Dataran Merdeka. Masa tu sekitar pukul 8 malam.

“Video tu sebenarnya dirakamkan oleh girlfriend saya untuk tunjuk saya menari shuffle di hadapan motosikal sebab tu saya dah standby nak pasang lampu pada kasut," katanya yang lebih dikenali sebagai Shafiq Monster.



Shafiq bersama motosikal kesayangannya.

Pemuda yang menetap di Beranang di Hulu Langat, Selangor itu mengakui amat terkejut apabila ditegur oleh pasukan polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut.

"Saya tahu PKPB tak membenarkan untuk berkumpul beramai-ramai. Masa tu cuma saya dan girlfriend saja, kalau ada orang awam pun di dalam kereta masing-masing.

Tak dapat bayangkan kalau saya kena denda sampai RM1,000 sebab tak patuhi PKPB. Habislah saya kalau nak kena keluar duit nanti.

SHAFIQ

"Saya pun pakai helmet, dalam helmet pun pakai penutup mulut dan pakai glove (sarung tangan). Saya memang tak ada rancang nak lepak pun.

"Tapi jujurnya, saya terkejut apabila tiba-tiba polis lalu dengan kereta peronda dan tegur saya. Masa tu memang rasa seram," ujar anak keenam daripada lapan beradik itu.



Dua motosikal milik Shafiq.

Namun, Shafiq yang berkhidmat di sebuah bank di Kuala Lumpur bagaimanapun tidak menyangka kasut 'berlampu' yang dipakainya pada malam kejadian menjadi perhatian netizen, sambil menambah ia dibeli secara dalam talian akhir tahun lalu.

"Kasut tu ada lampu yang boleh ditukarkan sebanyak tujuh warna dan saya pilih warna hijau masa nak buat tarian shuffle tu sebab hijau warna kegemaran saya.

"Tapi sejak beli tak pernah pakai, kiranya kasut rayalah. Baru ingat nak rasmikan kasut raya dengan menari shuffle," katanya sambil menambah menyertai kumpulan 'biker' sejak 2013.



Bersama rakan-rakan yang turut mempunyai minat dalam permotoran.

Bagaimanapun, Shafiq akur dengan tugas polis yang membuat pemantauan ketika PKPB dan dia segera meminta maaf sebelum mengambil keputusan untuk beredar dari lokasi kejadian.

"Seram kena tegur polis sampai saya cepat-cepat minta maaf dan terus beredar. Tak jadi pun menari shuffle. Tak dapat bayangkan kalau saya kena denda sampai RM1,000 sebab tak patuhi PKPB. Habislah saya kalau nak kena keluar duit nanti.

"Tak apalah, saya tunggu hingga tamat PKPB atau kalau ada kelonggaran untuk merentas negeri. Saya nak lepas gian nak tunggang motosikal seorang diri jauh macam ke Genting Highlands," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
seram, biker, polis, shuffle, PKPB, kasut, Dataran Merdeka,

Artikel Lain