suria

“Kami basuh dulu kat penapis” - Budak setinggan letak telur katak dalam air sirap gara-gara percayakan kakak, ada juga yang makan ‘maruku cicak kering’

Ramai netizen berkongsi pelbagai kisah mereka termasuklah peristiwa air sirap selasih telur katak.

BUKA sahaja laman sosial Facebook, kita pastinya akan 'dihidangkan' dengan pelbagai ragam manusia.

Ada yang berkongsi kisah kehidupan seharian, tak kurang juga yang menjadikan ia sebagai medium mencari pendapatan.

Terbaharu, satu soalan yang dikemukakan Yusri Yusuff menerusi grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official menerima respon luar biasa netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Api hang tu membakar, bukan membara...” - Juadah ‘ayam tayar’ 25 Ramadan rentung, tapi rasanya sedap buat pemuda Johor ini nak cuba lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki salah pilih periuk merebus telur, sikap si ibu buat ramai tak senang duduk - “Dah besar tak pandai masak marahnya bukan main lagi”

Dimuatnaik pada Selasa malam, posting itu dihujani lebih 5,300 komen dalam masa 12 jam sahaja.

"Ada tak makanan atau minuman yang kita sangat suka tetapi selepas berlaku sesuatu peristiwa, kita dah tak suka atau minat lagi?" soal jejaka itu.

Menurut netizen, ada sesetengah makanan yang menjadi kegemaran mereka tidak lagi dijamah selepas berlakunya peristiwa yang disifatkan masih berbekas di ingatan sehingga hari ini.

Ada netizen mendedahkan pernah terjumpa ulat beluncas dalam tomyam di sebuah kedai. -Gambar Hiasan

Ada dalam kalangan mereka yang berhadapan peristiwa menjijikkan, tak kurang juga yang mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa menerima rawatan.

"Pajeri nenas. Dulu masa arwah suami hidup selalu masak makan sama-sama dengan dia. Lepas arwah tak ada, tak pernah masak dan makan. Terkenang weh, berlinang air mata. Makanan kegemaran arwah tu.

"Ikan pari. Lepas baca cerita viral ada orang menodai ikan pari. Lepas tu terus tak makan. Pernah cuba nak makan tapi tak lepas tekak. Keluar balik.

Air sirap selasih. Masa kecil suka. Dulu duduk setinggan. Tepi rumah ada longkang. Datang waktu katak mengawan, kakak kata itulah selasih. Banyak gila telur katak masa tu kami tangkap letak dalam air sirap.

SHIRA SAMSUDDIN

PELAYAR FACEBOOK

"Ikan pari. Dulu arwah ayah selalu beli ikan pari. Mak masak. Memang sedap. Tapi sejak kahwin sampai sekarang aku tak makan ikan pari disebabkan suami aku tunjuk video anak derhaka jadi ikan pari.

"Keladi. Pertama kali cuba makan keladi OK sedap. Lepas makan rasa tekak macam tercekik tulang ikan. Alih-alih dapat keladi yang gatal.

"Udang dengan ketam, lepas makan lepas tu masuk emergency room sebab allergic. Sekarang ni tak teringin dah. Memang tak boleh makan pun," tulis beberapa netizen.

Tidak terhenti di situ, ramai lagi netizen berkongsi kisah mereka, malah ada juga yang kedengaran tidak masuk akal dan jijik untuk dibayangkan.

"Air sirap selasih. Masa kecil suka. Dulu duduk setinggan. Tepi rumah ada longkang. Datang waktu katak mengawan, kakak kata itulah selasih. Banyak gila telur katak masa tu kami tangkap letak dalam air sirap.

Posting asal yang tular di Facebook.

"Kami basuh dulu telur-telur katak tu kat penapis. Tak rasa apa pun, selepas beberapa hari dah selamat dalam perut baru tahu tu bukan selasih. Nasib tak ada kesan sakit perut," kongsi Shira Samsuddin.

"Maruku. Tengah syok makan angkat-angkat tengok cicak kering. Rupa dah macam daun kari, ada kaki. Sampai sekarang aku tak akan makan maruku.

"Sup tomyam. Makan di kedai, panas-panas lagi. Tiba-tiba terjumpa ulat beluncas dalam tomyam.

"Kangkung, lepas tengok video ada lintah terus tak nak makan. Lagi-lagi kat kedai memang tak order," tulis beberapa netizen lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
sirap selasih, telur katak, maruku, tomyam

Artikel Lain