ENTAH kenapa, peminat-peminat muzik K-pop di negara ini sering dipandang rendah oleh beberapa kelompok masyarakat. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mempersoalkan tahap IQ mereka dan menjadikan ia sebagai jenaka di media sosial. Enggan berdiam diri, seorang pelajar universiti yang juga peminat kumpulan Monsta X, Erin Mokhtar tampil memuat naik Sijil Kepujian Dekan miliknya di Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Kisah pengurus warga tua minat BTS tepis hujah hanya gadis IQ rendah minat kumpulan K-Pop itu - "Ada toxic fans, menyamar buat akaun palsu" ARTIKEL BERKAITAN: “Army tak kacau orang pun” - Pemilik selipar kuning pijak poster BTS cari pasal... Bayangkan gambar Siti Nurhaliza dipijak Bukan niat mendabik dada, namun kata gadis berusia 23 tahun itu, dia berkongsi sijil tersebut sebagai satu jawapan balas terhadap mana-mana pihak yang sering merendah-rendahkan peminat K-pop. "Itu sarkasm je, saya pun tak sangka ia akan tular. Selepas saya post, ada juga yang cakap, tak semestinya dapat dekan tu pandai. "Paling sakit hati ada yang kata saya hanya dapat dekan sekali. Sejujurnya saya dapat lebih dari sekali. "Saya harap orang ramai tak benci peminat K-pop. Bukan semuanya bodoh, sebab ramai peminat K-pop yang jadi doktor, jurutera dan sebagainya," kata Erin kepada mStar. Kumpulan Monsta X. Menurut gadis dari Pasir Putih, Kelantan itu, dia juga ada menerima komen-komen kasar di laman Twitter setelah berkongsi hal itu. Namun, dia enggan memberi fokus terhadap perkara negatif kerana ramai lagi yang memberi sokongan kepadanya. Hidup saya berubah lepas minat Monsta X. Saya macam lebih bersemangat. Selain keluarga dan kawan, Monsta X juga memberi semangat. ERIN MOKHTAR PELAJAR UNIVERSITI "Saya perasan ramai orang tempatan yang gunakan K-pop untuk dapatkan perhatian ramai. Ada yang sokong, ada yang benci. "Saya nampak je komen buruk di Twitter, saya tak layan kerana tak mahu beri kesan kepada kesihatan mental," ujarnya yang pernah menghadiri konsert Monsta-X di ibu negara pada tahun lalu. Erin mengakui muzik kumpulan Monsta X banyak memberi motivasi kepadanya untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Menurut Erin lagi, hidupnya juga ternyata berubah selepas dia menjadi peminat kumpulan Monsta X khususnya salah seorang ahlinya yang dikenali sebagai Shownu. Kata Erin, lagu-lagu kumpulan itu menjadi pembakar semangat untuk dia terus berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Kenangan sewaktu Erin ke konsert Monsta X pada tahun lalu. "Hidup saya berubah lepas minat Monsta X. Saya macam lebih bersemangat. Selain keluarga dan kawan, Monsta X juga memberi semangat. "Saya gantung gambar Shownu pada lanyard saya. Saya fikir kalau Shownu boleh berjaya, maka saya pun boleh. "Sebab tu saya study hard. Bahagikan masa untuk layan muzik K-pop, untuk assignment. Minat K-pop bukan jadi penghalang untuk pelajaran," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!