AKTIVITI riadah melibatkan bilangan peserta atau pengunjung yang ramai masih tidak dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Anak-anak juga masih berada di rumah kerana sesi persekolahan masih belum dibuka, berikutan penularan wabak Covid-19. Kerenah anak-anak juga tiada batasannya, seperti seorang bapa ini yang akhirnya membuat unggun api di hadapan rumah susulan permintaan salah seorang daripada anaknya untuk pergi berkhemah. ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak ajar dia pun, kebanyakannya menjadi" - Puting masih melekat mulut, bapa terkejut anaknya pandai main gong... riuh serumah! ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kelibat di tingkap terbongkar, gadis dedah adiknya sanggup patah balik kerana 'hijab terbuka',"Kucing tenung lama-lama, saya meremang" "Babah dah tua nanti, kau tak jaga babah dengan umi siap!" ujar seorang bapa secara berseloroh di laman Twitter. Permintaan seorang anak untuk pergi berkhemah diakhiri dengan aktiviti unggun api. Bapa berkenaan, Dr Rozanizam Zakaria berkata, sesi 'unggun api' itu dilakukan bersama tiga anaknya yang berusia antara 11 dan lima tahun, pada minggu lalu. Bapa berusia 36 tahun itu memberitahu, idea untuk melakukan aktiviti tersebut dlakukan kerana memahami anak-anak yang berasa bosan duduk di rumah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu. "Ketiga-tiga anak saya ni jenis yang sukakan cabaran dan aktiviti outdoor. Tapi disebabkan PKP dan PKPB, aktiviti luaran mereka terbatas. "Kalau sebelum ini, macam-macam aktiviti dilakukan mereka di pulau, pantai dan air terjun. Sekarang ni buat unggun api bersama anak-anak depan rumah sajalah," katanya kepada mStar. Dr Rozanizam bersama anak-anak melakukan aktiviti snorkeling. Dr Rozanizam yang menetap di Kuantan, Pahang berkata, halaman rumahnya juga dijadikan kawasan untuk bercucuk tanam bersama anak-anak. "Kerja-kerja sekolah dah buat, belajar pun dah. Jadi, dah habis idea untuk mereka menghabiskan masa setiap hari di rumah. "Sebagai bapa, saya perlu melakukan sesuatu yang bersesuaian dengan minat anak-anak. Tak dapat bawa mereka pergi camping, unggun api hidupkan suasana seperti berkhemah," ujarnya. Dr Rozanizam menyifatkan tempoh PKP dan PKPB merupakan peluang keemasan untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Beliau yang juga Pakar Psikiatri dan Pensyarah Kulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kuantan berkata, PKP dan PKPB sebenarnya merupakan peluang keemasan kepada ibu bapa untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. "Ia mungkin peluang yang berlaku sekali seumur hidup. Anak-anak pula semakin membesar, dan semasa mereka kecil inilah kita harus pupuk mereka dengan aktiviti bersama keluarga. Buat unggun api bersama anak-anak bukan sekadar suka-suka atau main api semata-mata, tapi ada banyak pengajaran dan pelajaran ketika melakukan aktiviti itu. DR ROZANIZAM "Buat unggun api bersama anak-anak bukan sekadar suka-suka atau main api semata-mata, tapi ada banyak pengajaran dan pelajaran ketika melakukan aktiviti itu. "Selain berbual dan bercerita, saya juga ajar anak-anak untuk menjaga kebersihan, mengemas dan berdisiplin. Kalau kita pergi camping dalam hutan pun ada peraturannya," ujarnya sambil menambah sesi tersebut berlangsung kira-kira satu setengah jam. Imej misteri pada tingkap rumah jiran turut menjadi bualan netizen. Apa yang lebih penting bagi pensyarah yang telah berkhidmat di UIAM, Kuantan sejak tiga tahun lalu adalah kebersamaan atau togetherness bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam pada itu, Dr Rozanizam turut memberi reaksi susulan komen-komen segelintir netizen mengenai imej misteri pada tingkap rumah jirannya, susulan gambar-gambar 'unggun api' yang dikongsi beliau di laman sosial. "Ada yang kata seram bila mereka tengok tingkap rumah jiran. Saya pun tak perasan pasal 'benda' tu sehinggalah baca komen-komen netizen. "Sebenarnya tak ada apa, barangkali imaginasi netizen. Imej yang mereka lihat tu mungkin mop lantai, bukannya mistik seperti yang mereka gambarkan," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!