suria

Gadis kacukan ‘ajar’ lelaki biadab... terhina kulit gelap dibuat gurauan - "Media sosial paparkan cantik tu kena putih, kurus”

Lyn mengakui sudah menjadi mangsa penghinaan sejak di zaman sekolah lagi.

TATKALA masyarakat di Amerika Syarikat (AS) sibuk berperang isu Black Lives Matter, wujud juga individu di negara ini yang kurang sensitif berhubung perkara itu.

Ia termasuklah penggunaan perkataan 'N***r' yang merujuk kepada 'racial slur' terhadap kaum kulit hitam.

Terbaharu, seorang wanita Melayu dari Subang, Selangor turut disapa dengan perkataan itu kerana tona kulitnya yang agak gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: “Zaman sekolah selalu keluar masuk balai” - Anak Melayu kacukan Afrika anggap masih ramai yang rasis walau negara nampak harmoni

ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’

Namun menurut Reezlyn Edzrina Md Razali, 29, ini bukanlah kali pertama dia dihina disebabkan warna kulit malah ia sudah berlaku sejak di zaman sekolah lagi.

"Bukan kali pertama, dari sekolah rendah lagi. Apabila masuk sekolah menengah, ia makin teruk. Dulu awal-awal mungkin saya anggap mereka bergurau, lama-kelamaan ia beri kesan kepada keyakinan diri saya.

"Ada orang panggil saya hitam, kicap, bontot kuali... Paling tak boleh lupa orang datang cakap, kalau saya putih baru saya lawa.

Bakal menginjak usia 30 tahun pada 2021, Lyn kini semakin yakin dengan dirinya.

"Saya sebenarnya ada darah kacukan, ayah berketurunan mamak manakala ibu saya keturunan Cina," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Lyn, dia yang bekerja sebagai pegawai perhubungan awam menyelar tindakan lelaki tidak dikenali itu yang memanggilnya dengan gelaran tidak sepatutnya menerusi mesej di Facebook.

Sebagai langkah memberi pengajaran dan memberi kesedaran kepada orang ramai, dia turut berkongsi hal itu menerusi posting Facebook sehingga ia menjadi tular.

"Saya juga pernah menangis. Orang cakap saya gemuk, gigi tak perfect, tangan berbulu digelar sebagai monyet, anak gorila. Saya rasa terhina.

REEZLYN EDZRINA MD RAZALI

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

"Dia patut sedar dengan situasi sekarang di AS, tak patut guna perkataan ini, tambah-tambah lagi dia stranger. Saya tak kenal pun.

"Itu juga dianggap sebagai buli siber. Ada orang tak tahu apa yang mereka buat sebenarnya perbuatan buli. Generasi sekarang lagi sensitif, mentaliti tak kuat macam orang dulu-dulu.

"Sebab sekarang media sosial paparkan bahawa nak cantik tu kena putih, kurus. Itu yang merosakkan minda sehingga ada yang kena depresi.

Posting dikongsi Lyn di Facebook.

"Saya juga pernah menangis. Orang cakap saya gemuk, gigi tak perfect, tangan berbulu digelar sebagai monyet, anak gorila. Saya rasa terhina," dedahnya lagi.

Nasihat Lyn kepada mereka di luar sana, jaga tutur kata dan jangan sesekali menghina fizikal orang lain.

Bagaimanapun kini kata Lyn, dia semakin yakin dengan diri sendiri seiring usianya juga sudah matang dan menghampiri angka 30.

Jelasnya, tujuan dia berkongsi di Facebook bukan untuk membuka aib lelaki itu sebaliknya mahu isu tersebut dipandang serius dan tidak berterusan menjadi barah dalam masyarakat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain