suria

Bayi nyaris maut minum sirap disuap ibu saudara... isi perut yang dimuntahkan benar-benar mengejutkan - “Kalau aku jadi mak pak baby ni aku report polis”

Seorang bayi berusia sebulan nyaris maut selepas diberikan air sirap oleh ibu saudaranya. Gambar sekadar hiasan

UMUM mengetahui bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh diberi makanan mahupun minuman selain susu kerana boleh memberi risiko kepada kesihatan.

Namun masih ada yang mengambil ringan perkara ini kerana percaya zaman 'tok nenek' kita dulu mereka selamba memberikan bayi makan sebelum usia yang disarankan doktor.

Kebiasaannya makanan yang diberikan adalah nasi lembik atau pisang lenyek dan ada juga yang memberikan air masak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat nak dukung je” - Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan

ARTIKEL BERKAITAN: Demam berlarutan, bapa terkejut Google simptom Kawasaki selepas 5 hari anak di wad - “Sedih dia terpaksa makan ubat jantung orang dewasa”

Namun, perkongsian seorang wanita mengenai insiden menimpa seorang bayi berusia sebulan yang nyaris maut selepas diberi minum air sirap oleh ibu saudaranya di Facebook perlu dijadikan iktibar buat semua.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab ibu saudara kepada bayi tersebut.

Berdasarkan paparan skrin penceritaan yang tular di Facebook, keadaan bertukar panik apabila bayi berkenaan bernafas laju, kelihatan penat dan tiba-tiba berhenti bernafas selepas diberikan minum air sirap.

Bayi tersebut diberi bantuan CPR dan kembali bernafas semula. Gambar sekadar hiasan.

"Aku yang tengok ni panik... terus aku CPR. Aku CPR sambil nangis. Aku bayangkan tu baby aku. Aku syak baby tu tersedak ayaq sirap.

"Hubby aku call ambulance. Mak baby tu dah macam orang gila nangis. Suami dia pun sama, panik. Makcik bayi tu? Diam tak kata apa-apa," katanya.

Namun wanita itu meluahkan rasa syukur kerana bayi tersebut kembali bernafas selepas CPR dilakukan.

"Alhamdulillah, tak dan dua minit CPR baby kembali nafas dan muntah memancut-mancut.

"Hangpa tau apa yang keluaq? Ayaq (air) sirap, pulut, ceri yang letak kat biskut raya tu... lepas tu rendang.

"Ni makcik hang nak bunuh anak menakan (anak saudara) hang sendiri ka. Kalau aku jadi mak pak baby ni aku buat report polis dan caj hang nak bunuh anak aku tanpa niat. Sedara tak sedara," katanya.

Sebaik sahaja ambulans sampai, wanita tersebut menceritakan insiden menimpa bayi tersebut dari A - Z.



Bayi tersebut memuntahkan makanan yang disuapkan kepadanya sebelum itu. Gambar sekadar hiasan.

"Aku pesan kat mak pak baby tu, tolong bertegas kalau ada yang nak suap anak bukan-bukan.

"Syukur baby depa selamat. Now baby depa dalam wad untuk observation. Syukur tiada apa yang memudaratkan baby tu," katanya.

Dalam perkongsian itu juga, wanita tersebut mendedahkan anaknya yang berusia 53 hari turut disuapkan pulut oleh ibu saudaranya itu.

"Sedara kami tu duk suap pulut kat baby kami. Baby baru umur 53 hari, teruih la mommy terjerit.

Mengarut aaiihhh. Anak aku kecik-kecik aku sumbat ayaq beras dadih tak dak apa-apa. Sihat sampai ke besaq, sekoq pun tak mati aiih.

Ibu saudara

"Ooiit!! Awat ceq! Suap pulut kat anak kami. Baby bawah enam bulan mana boleh suap apa-apa. Enam bulan umur pun takleh bagi pulut tau dak.

"Mommy terus amek baby mommy atas riba dia. Mommy jolok-jolok keluaq sampai baby muntah. Banyak pulut dia suap hangpa tau dak," katanya.

Namun kata wanita berkenaan, tindakannya tidak disenang ibu saudara bayi itu.

"Hang ni kalut la. Aku baru ja suap kat anak menakan aku ayaq beras tu tak dak apa pun. Pulut pun aku suap aaihhh, tak dak ibu dia ghiau macam hang," katanya.



Paparan skrin posting mengenai insiden itu yang tular di media sosial.

Wanita tersebut bagaimanapun mempertahankan tindakan dilakukan itu demi keselamatan anaknya.

"Ibu dia bebai, bodoh tak reti jaga anak. Kot ibu dia segan ngan hang pun tak tau. Aku tak kira sapa kalau suap bukan-bukan kat anak aku memang aku tegur ja ceq.

"Yang sakit anak aku. Anak menakan hang tu nak kena tunggu berak berdarah, muntah berdarah dulu baru hang ada akai," katanya.

Ibu saudara kepada wanita itu tetap tidak berpuas hati dengan respons balasnya itu.

"Mengarut aaiihhh. Anak aku kecik-kecik aku sumbat ayaq beras dadih tak dak apa-apa.

"Sihat sampai ke besaq, sekoq pun tak mati aiih," katanya sebelum memberikan air sirap kepada seorang lagi anak buahnya yang nyaris maut disebabkan perbuatannya itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain