suria

Engineer ke scammer? Selepas Temerloh, kelibat lelaki Rusia dilihat di Tapah... rakyat Malaysia yang bermurah hati jangan terpedaya!

Maxim dilihat bersama dengan seorang rakannya di sekitar Tapah baru-baru ini.

RAKYAT Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah dan baik hati lebih-lebih lagi jika ia melibatkan sesuatu yang menyedihkan berlegar di media sosial.

Namun orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan taktik segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan atas kebaikan masyarakat kita.

Baru-baru ini seorang pemuda berkongsi posting mengenai kelibat seorang lelaki warga Rusia yang pernah diselamatkan polis kerana terkandas di Temerloh, Pahang pada April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cari sampai Facebook! Wanita terkejut dihubungi pelancong Rusia terkandas, tiada duit - “Masa tu nak cepat, itu je saya boleh bantu”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong Rusia terkandas, ditemui kelaparan di pekan Temerloh

Menerusi satu posting di Facebook, Apishh Peace mendakwa ternampak kelibat lelaki dikenali sebagai Maxim Lapin itu bersama seorang rakannya di kawasan Tapah, Perak pada Jumaat.

"Yang ni ke mat salih yang viral tu? Sekarang ada di kawasan Tapah, Perak. Hati-hati yer kome," tulisnya.



Kelibat Maxim bersama rakannya yang masih lagi berada di negara ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Dalam postingnya, Apishh turut memuat naik dua video yang menyaksikan lelaki warga asing tersebut dan rakannya didekati beberapa anggota polis sewaktu berada di lokasi yang sama.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan mat salih itu sebagai scammer.

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Zu Lee Lean turut mendedahkan pernah terserempak dengan lelaki tersebut sebelum ini.

Tak payahlah kita baik sangat kepada bagpackers macam ni. Dah puas mengemis nanti dia akan ke negara lain pula dengan modus operandi yang sama.

ZU LEE LEAN

Pelayar Facebook

"Ya betul. Lepas Temerloh, Nilai... Port Dickson. Tak sangka dia ada kat Perak pula.

"Kalau dia minta sedekah call je bahagian penguatkuasa imigresen," katanya.

Menurut Lee Lean, dia pernah menghubungi kedutaan Rusia bulan lalu untuk membuat aduan mengenai lelaki tersebut.



Gambar Maxim sewaktu dihantar ke kedutaan Rusia pada April lalu.

Namun katanya, pihak kedutaan Rusia tidak dapat mengambil tindakan terhadap Maxim kerana dia menolak bantuan dengan alasan mempunyai duit mencukupi untuk terus tinggal di negara ini.

"Jadi nampak di sini memang dia berniat untuk mengambil kesempatan ke atas rakyat Malaysia yang murah hati.

"Tak payahlah kita baik sangat kepada bagpackers macam ni. Dah puas mengemis nanti dia akan ke negara lain pula dengan modus operandi yang sama," katanya yang turut berkongsi paparan skrin respons balas kedutaan Rusia di Facebooknya.

Susulan itu, Lee Lean turut menasihati orang ramai supaya tidak lagi membantu pemuda tersebut.

"Jangan beri apa-apa sumbangan kepada dia lagi. Sekiranya nampak dia lagi di Nilai atau Port Dickson sila call bahagian penguatkuasa Imigresen Negeri Sembilan.



Kisah Maxim (tengah) terkandas di Temerloh menjadi tular di Facebook sebelum ini.

"Terima kasih kepada pihak kedutaan Rusia yang cepat membalas pertanyaan saya," katanya.

Kisah Maxim mendapat perhatian netizen sebelum ini selepas seorang wanita berkongsi beberapa keping gambarnya memegang sekeping kadbod tertera perkataan ‘I can’t go home and have no money. I need Food’ di luar sebuah restoran makanan segera di Temerloh.

Selepas gambar tersebut tular, Maxim dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan dihantar ke kedutaan Rusia untuk tindakan susulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain