suria

Dianggap tak bersyukur kerana gelar diri buruk, telefon jejaka ini tak henti berbunyi - "Ada kata nak pukul...”

Sekadar berkongsi foto, Azrul tak sangka dia akan menerima kecaman dan makian di laman Twitter.

KERANA dua keping foto yang dimuat naik bersama sepotong kapsyen pendek, jejaka ini teruk menerima kecaman netizen.

Menurut Azrul Hazman, 22, pemilihan kapsyen itu dilakukan secara random dan dia sama sekali tidak menyangka akan menerima reaksi sedemikian rupa.

"Dari kecil dah buruk," tulisnya ringkas di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Dua Lipa Malaysia’ dikecam kongsi foto glow up 2019... tudung ‘hilang’ - “Saya memang selalu dibenci, ada yang panggil pelacur”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

Dalam posting itu, dia cuma memuat naik foto perbandingan dirinya sewaktu zaman sekolah dan rupa parasnya pada masa ini.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Azrul mengakui masih lagi tertanya-tanya mengenai kejadian itu.

"Saya tak jangka jadi macam ni, saya gurau sahaja kapsyen tu. Selepas saya post, tak berhenti masuk notification sepanjang malam.

Kata Azrul, dia sama sekali tidak menyangka akan menerima reaksi sedemikian di Twitter.

"Bangun pagi tengok banyak gila, ramai yang maki. Yang DM (direct message) pun ada. Saya fikir juga tapi saya pun tak tahu," ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut Azrul lagi, dia bagaimanapun enggan mengambil serius hal itu memandangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Namun katanya, masyarakat perlu berubah dan berhenti melakukan perkara sedemikian kerana setiap individu ada tahap ketahanan diri yang berbeza.

Saya pun tak padam posting tu, kalau padam pun orang akan terus kata, jadi saya biarkan sahaja.

AZRUL HAZMAN

LEPASAN UNIVERSITI

"Saya ambil benda ni simple je, saya tak hiraukan. Tapi mungkin orang lain dia tak boleh terima kalau kena macam ni, boleh jadi tekanan.

"Masyarakat perlu berubah. Perlu berhenti kecam-kecam, benda ni benda kecil je," katanya lagi.

Menurut Azrul lagi, rata-rata yang mengecamnya adalah golongan lelaki.

Selain kata-kata kesat, ada juga yang meluahkan hasrat melakukan keganasan terhadap dirinya.

Posting kecaman yang tular di Twitter.

"Ada yang kata nak pukul, sebenarnya boleh ambil tindakan tapi saya ignore je.

"Saya pun tak padam posting tu, kalau padam pun orang akan terus kata, jadi saya biarkan sahaja," kata pelajar lepasan sebuah universiti di ibu negara itu.

Kata Azrul lagi, dia juga menafikan dakwaan segelintir individu yang menganggap dirinya sekadar mencari perhatian di media sosial.

Dalam pada itu, salah satu komen penghinaan yang dibuat terhadap Azrul oleh seorang pelayar Twitter menerima hampir 10,000 ulang kicau (Retweet).

Kata Azrul, dia melihat apa yang berlaku dari sudut positif sahaja.

"Buruk nak mampos. Macam pantat kuali tak garas enam tahun. Kesian aku tengok," tulis individu itu.

Di ruangan komen, beberapa individu turut mengecam Azrul dan mendakwa dia tidak bersyukur kerana menganggap dirinya buruk sedangkan rupa parasnya kelihatan elok dan menarik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Azrul Hazman, kecam, buli siber, Twitter

Artikel Lain