suria

Kecoh di Twitter ‘perempuan tak sesuai bekerja’... ramai ‘celik’ selepas doktor sakit puan kongsi kisah suami isteri ada masalah kesuburan

Media sosial hangat dengan isu 'wanita tak perlu bekerja' di mana seorang doktor perbidanan turut tampil memberikan hujah mengenai isu itu. Gambar hiasan.

BETULKAH perempuan tidak sesuai untuk bekerja atau menjadi pemimpin?

Isu tersebut hangat dibincangkan di Twitter gara-gara ciapan seorang pelayar yang berkongsi pandangannya mengenai isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Handbag boleh beli tapi tak buat rawatan kesuburan! Usahawan belum ada zuriat menangis, buat pengakuan “saya sebenarnya tak mandul”

ARTIKEL BERKAITAN: “Doktor saran ambil ubat kesuburan sebelum buat IVF” - Siti Elizad henti buat rawatan wajah demi dapatkan zuriat

"Perempuan tidak sesuai untuk bekerja dan tak sesuai jadi pemimpin bukan hanya kerana faktor sosial je tapi faktor biologi juga.

"Salah satu faktor biologi adalah kita alami pendarahan setiap bulan yang menyebabkan PMS, sakit badan, keletihan, perubahan mood dan ia boleh berlanjutan dua minggu. Wanita juga emosional," demikian tweet pelayar tersebut.

Pandangan tersebut mengundang kritikan hebat netizen dan menyifatkan pelayar berkenaan berhujah 'ikut sedap mulut' sedangkan ramai wanita mampu membuktikan perkara sebaliknya.



Sebahagian perkongsian Dr Aimi Rahayu mengenai pandangannya bersabit 'wanita tidak perlu bekerja'.

"Sedihnya ada perempuan pemikirannya macam ini. Saya harap seiring anda meningkat dewasa, anda akan belajar dan menukar pandangan," tulis seorang netizen.

"Bos aku lelaki, mood swing lebih daripada perempuan," komen seorang netizen lain membangkang pandangan pelayar tersebut.

"Yang cakap perempuan tak sesuai bekerja ni nanti beranak jangan nak request doktor perempuan," komen seorang pelayar lain sehingga ciapannya itu meraih 25,400 retweet.

Terpanggil untuk mengulas isu yang sama, seorang doktor Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Aimi Rahayu turut melontarkan pandangannya menerusi Twitter.

"Ini realiti. Hanya yang memahami dan bekerja dalam bidang yang berkaitan berhadapan dengan isu sebegini. Yang merana siapa?" tulis doktor tersebut sambil berkongsi kisah mengenai seorang pesakit wanita yang pernah mendapatkan rawatannya sebelum ini.

Menerusi satu bebenang di Twitter, Dr Aimi Rahayu bercerita pesakit yang bernama Siti (bukan nama sebenar) datang mendapatkan rawatan kesuburan di klinik atas rujukan doktor lantaran belum dikurniakan rezeki cahaya mata selepas empat tahun berkahwin.



Siti dan suaminya tidak mencapai kata sepakat mengenai rawatan kesuburan kerana perbezaan pandangan mengenai jantina doktor. Gambar hiasan.

Menurut Dr Aimi Rahayu, kali pertama hadir temu janji di klinik, pesakit tersebut ditemani suaminya.

Namun disebabkan ada peristiwa yang berlaku ketika temu janji itu, pesakit berkenaan 'menghilangkan diri' sehingga setahun lamanya sebelum muncul kembali.

"Hari ini dia datang seorang diri. Ya, ke klinik kesuburan tanpa ditemani sesiapa. Temu janji kedua setelah ditunda sekian lama. Temu janji yang pertama telah setahun berlalu. Ada tragedi yang berlaku ketika itu.

"Sebaik terpandang wajahnya, ‘de ja vu’ aku melihat wajahnya yang masih suram. Sama. Ya, dia baru lepas menangis tadi.

"Sudah setahun berlalu, tertanya aku apa yang membuatkan dia tidak kembali datang untuk temu janji di klinik ini," tulisnya.

Yang cakap perempuan tak sesuai bekerja ni nanti beranak jangan nak request doktor perempuan.

NETIZEN

Menurut doktor tersebut, dia melakukan konsultasi terhadap Siti seperti biasa.

Bagaimanapun katanya, konsultasi rawatan kesuburan sebaiknya dihadiri kedua-dua suami dan isteri kerana doktor perlu melihat dan mengenalpasti masalah kesuburan daripada sudut lelaki dan perempuan.

"Di akhir temujanji itu, aku ingin merungkai persoalan di mindaku. Siti tidak terus menjawab pertanyaanku. Dia tertunduk lama dan kembali menangis," cerita doktor tersebut.

Menerusi penceritaan Siti, suaminya enggan meneruskan rawatan kesuburan kerana berkeras mahu hanya doktor wanita yang merawatnya, walaupun dalam keadaan ini, dia sendiri tidak mempunyai masalah dalam hal tersebut.

Ini kerana, ketika temu janji pertama, konsultasi mereka dikendalikan oleh seorang doktor lelaki.

"Aku merenung Siti. Dia terperangkap dalam situasi sebegini. Antara keinginan suaminya dan keinginan dirinya yang mahu isu kesuburan mereka diperiksa dan jika ada rezeki, menimang cahaya mata," tulisya.

Berkongsi lebih lanjut, Dr Aimi Rahayu berkata, keadaan tersebut juga bukanlah sesuatu yang mudah buat mereka yang terlibat dalam bidang ini, namun masyarakat perlu melihat dalam konteks yang lebih luas.



Siti dalam dilema di antara keinginan menimang cahaya mata dan juga sikap suami yang bertegas mahu doktor wanita yang merawatnya. Gambar hiasan.

"Kalau masalah lelaki yang menjadi punca ketidaksuburan dan kami perlu memeriksa bahagian sulit lelaki, siapa yang periksa? Tentu doktor lelaki bukan? Lihat, ada keperluan doktor lelaki di situ.

"Di saat ada suami yang cakap isteri patut atau kena duduk rumah, tidak perlu bekerja tapi pada masa yang sama, suami itu juga bila isteri dia pergi hospital nak beranak, ‘demand’ nak doktor perempuan, ‘nurse' perempuan.

"Kalau semua perempuan tak perlu bekerja, kena terimalah doktor lelaki, ‘nurse’ lelaki yang uruskan isteri bersalin dan jumpa isterinya di klinik.

"Ini realiti. Hanya yang memahami dan bekerja dalam bidang yang berkaitan berhadapan isu sebegini. Yang merana siapa? Siti. Fardhu kifayah ini pula tugas siapa?," tulisnya mengakhiri kisah tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kesuburan, wanita, bekerja, doktor, sakit puan

Artikel Lain