suria

Wow! Font dalam MS Word ke ni? Jangan ternganga tengok 4 jenis tulisan tangan gadis ini - “Macam tak nak berhenti menulis”

Tulisan tangan Izzati yang kemas dan cantik menerima pujian ramai di Twitter.

TAK sia-sia berlatih sejak tahun 2018, gadis ini ternyata puas melihat hasil tulisan tangannya.

Malah, dia turut berkongsi kebolehannya itu menerusi laman Twitter sehingga mengundang pujian ramai.

Menurut Nur Izzati Abdul Rani, 25, dia mula mempelajari beberapa teknik tulisan gara-gara tidak berpuas hati dengan tulisan tangannya suatu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan lihat jari jemari murid ini yang saling melekat, lihatlah betapa sempurna tulisannya - “Kalau ikutkan saya tak nak bagi dia sekolah”

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 50 resepi tulisan jawi arwah nenek disimpan rapi, tak sangka orang dulu-dulu makan cheesecake - “Rendang paling legend, masing-masing cuba tapi...”

"Sebelum ni tulisan saya agak buruk. Tak adalah teruk sangat, cuma besar kecil, tak tersusun... ada naik atas turun bawah.

"Jadi saya mula latih diri sejak 2018. Saya copy essay dan masukkan dalam Micorsoft Word, kemudian saya pilih jenis font. Dari situ saya tiru dan olah ikut gaya saya.

"Sekarang saya boleh buat empat jenis tulisan berbeza serta tulisan berangkai yang saya belajar dari tahun 2016," katanya kepada mStar.

Izzati mula mempelajari teknik tulisan tangan ini pada 2018.

Kata Izzati, mana-mana individu yang mahu memperbaiki tulisan tangan mereka juga boleh melakukan perkara sama.

Jelasnya, ia tidak mustahil memandangkan dia juga baru sahaja mempelajari teknik tulisan itu sejak dua tahun lalu.

"Sebenarnya rasa puas, macam tak nak berhenti menulis kalau dah capai tahap yang kita nak.

Biasanya kawan-kawan pun ada minta tolong saya untuk tulis surat bagi pihak mereka.

NUR IZZATI ABDUL RANI

PELAJAR UNISEL

"Saya juga rasa nak cuba jenis-jenis tulisan lain. Sejujurnya saya bukannya gifted, saya pun bermula dengan latihan je," ujar penuntut Universiti Selangor (Unisel) itu.

Menurut anak kelahiran Ipoh, Perak itu, dia juga terharu denga komen positif yang ditinggalkan di Twitter.

Ramai yang memuji tulisan tangan Izzati di Twitter.

Selain pujian, ada beberapa individu turut menghubunginya untuk meminta rahsia dalam mendapatkan tulisan tangan yang cantik.

"Saya terharu dan gembira. Saya juga galakkan mereka agar berlatih juga.

Izzati terharu dengan komen positif yang diterimanya di Twitter.

"Biasanya kawan-kawan pun ada minta tolong saya untuk tulis surat bagi pihak mereka," ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting Izzati yang berkongsi beberapa karya tulisan tangannya menerima lebih 8,200 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain