MALAYSIA kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos depan, berikutan pandemik Covid-19. Pengumuman PKPP itu sekali gus menandakan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah semua petugas barisan hadapan atau frontliners yang selama ini bertungkus lumus turut gembira selepas membantu memerangi wabak itu, sehingga kes jangkitan menurun kepada satu angka. ARTIKEL BERKAITAN: Video frontliners bersorak gembira selepas PM umum PKPP dibanjiri penghargaan rakyat Malaysia – "Kita belum menang, tapi kita boleh dan pasti menang" ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 2 kes positif Covid-19, paling rendah sejak PKP... lelaki warga emas korban ke-118 Frontliners dihujani penghargaan dan ucapan terima kasih, termasuklah seruan daripada seorang rakyat Malaysia yang menghargai petugas barisan hadapan yang banyak berjasa itu. Anggota tentera dan polis melakukan sekatan jalan raya semasa PKP dan PKPB bagi mengawal pergerakan. Foto Bernama "Sempena dengan berakhirnya PKPB. Ini cadangan saya je. Saya nak ajak supaya ramai-ramai kita buat. #HariBelanjaMakanFrontliner. "Kalau kita sedang makan di mana-mana, kalau ternampak abang polis ke, jururawat ke, doktor ke, askar ke, bomba dan lain-lain... kita ambil bil makanan yang mereka order tu, minta izin, beritahu kita nak belanja mereka makan hari ni. "Kalau tak nak mereka tahu, bayar je senyap-senyap. Ini tanda terima kasih dan rasa syukur kita sebab selama ni mereka yang berada di baris hadapan menjaga, mengawal, merawat untuk kebaikan kita semua," menurut satu posting di halaman Facebook Abduh Nursalam sehingga menjadi tular. Abduh Nursalam berkata, walaupun keadaan Malaysia lebih baik berbanding sebelumnya dengan izin Allah SWT, semua pihak perlu mematuhi segala arahan kerajaan sehingga negara bebas sepenuhnya dari Covid-19. "Manalah tahu dengan kita buat baik dekat orang, Allah jadikan asbab untuk diangkat wabak Covid-19 ni. Buat mereka tersenyum dan gembira hari ini. Hari esok kita pula yang akan gembira. "Kena selalu amalkan, bila rasa happy belanja orang makan. Bila rasa sedih atau susah, keluar duit belanja orang makan. Pasti akan menyusul kebaikan yang lain," tambahnya sambil menegaskan dirinya bukan dalam kalangan frontliner. Foto yang dikongsikan oleh Abduh Nursalam menunjukkan seorang anggota tentera sedang menikmati hidangan di sebuah restoran. Menurut Abduh Nursalam, sesungguhnya kuasa dan penangan apabila belanja seseorang itu makan adalah amat besar, antara lainnya budi dan jasa itu akan terus dikenang sebagai memori indah. Menerusi perkongsian berasingan di Facebook, dia turut mengimbas kembali insiden ketika makan bersama tiga anak lelaki dan isteri di sebuah restoran, sambil melayan kerenah anak-anaknya. Manalah tahu dengan kita buat baik dekat orang, Allah jadikan asbab untuk diangkat wabak Covid-19 ni. Buat mereka tersenyum dan gembira hari ini. Hari esok kita pula yang akan gembira. ABDUH NURSALAM "Bila kami sedang makan tu, ada sepasang suami isteri yang dah berusia perhatikan kami yang melayan kerenah anak-anak di meja makan. "Biasalah budak-budak. Makan comot, tumpah kena baju. Kadang-kadang bila tengok telatah mereka ni rasa comel, lucu. Kadang-kadang menggeramkan," katanya. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah saban hari memberikan perkembangan mengenai kes Covid-19 di negara ini. Foto Bernama Dia dan isteri bagaimanapun menerima kejutan yang tidak disangka-sangka ketika membuat pembayaran di kaunter. "Masa nak bayar orang yang jaga kaunter beritahu tak payah bayar. Dia kata sebab ada orang lain bayarkan. Kami pelik, siapa yang bayarkan? "Tapi firasat kami sangat kuat, pakcik dan makcik yang perhatikan kami tu yang belanja. Masa dalam kereta, saya ajak anak-anak doakan hamba Allah yang belanja kami makan tu. "Walaupun kami tak kenal. Sampai hari ni saya masih ingat orang-orang yang buat baik macam ni," ujar Abduh Nursalam. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!