suria

Aktivis tegaskan siar gambar pemohon, copy paste kata-kata mereka lebih beri kesan – “Yang maki permohonan dibatal saya maafkan”

Antara keluarga yang menerima bantuan menerusi Bantuan Covid-19 yang dikendalikan oleh Syed Azmi. Foto Facebook Syed Azmi

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu akibat pandemik Covid-19, banyak sumber pendapatan terjejas.

Antara individu paling sibuk dalam membantu masyarakat yang terjejas dengan PKP adalah aktivis terkenal, Syed Azmi Alhabshi menerusi badan bukan kerajaan (NGO).

Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun menandakan juga berakhirnya Bantuan Covid-19 sewaktu PKP yang dilaksanakan beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta bergerak guna 'tayar pinjam', wang bantuan guna beli bateri... rupa-rupanya kisah pasangan ini ada plot twist – "Kalau beli makanan akan habis juga"

ARTIKEL BERKAITAN: "I cannot brain" – Aktivis geram awek Johor bagi list tak munasabah, siap 'demand' bantuan makanan ringan ketika krisis Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu 'demand' 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - "Tak tahu macam mana nak mula balik"

Menerusi perkongsian di halaman Facebook, beliau berkata, pelbagai rumah kebajikan, NGO, institusi dan keluarga asnaf menerima bantuan secara keseluruhan mencecah RM1 juta dari 23 Mac hingga 9 Jun.



Syed Azmi membantu menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dalam tempoh PKP.

Syed Azmi turut berkongsi pengalaman dan pemerhatiannya sepanjang mengendalikan program Bantuan Covid-19 menerusi Persatuan Untuk Anak Kita (Puak).

"Salah satu perkara yang saya rasa amat senang hati ialah melihat pembelian sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Sewaktu kita mula pemberian Bantuan Covid-19, penerima luar bandar bila hantar gambar banyak kita dapat lihat sayuran (buah tak banyak) berbanding di pekan atau bandar.

"Dari segi perbualan pula terus-terang saya katakan adab tak kenal asal dari bandar atau luar bandar, tua atau muda, laki atau perempuan. Tapi ramai yang beradab dan yang tidak atau yang maki balik kalau permohonan batal saya maafkan," katanya menerusi perkongsian berasingan di Facebook.

Menurut Syed Azmi, Bantuan Covid-19 yang dilaksanakan beliau berdasarkan permohonan menerusi aplikasi Whatsapp, dan sejak itu butiran dan gambar pemohon akan disiarkan di halaman Facebook miliknya dengan kebenaran sebagai pengesahan dan kesahihan bantuan.

"Meletakkan gambar keluarga bagi ramai orang dianggap saya tidak menghargai privasi atau maruah keluarga. Ok saya faham dan saya terima. Dah banyak kali terangkan dan dapat kebenaran. Tiada paksaan.

"Saya dah terangkan sebelum saya post yang kita akan kongsi. Ramai tarik diri dan its ok. Tak ada satu post yang saya tulis, cuma copy paste sebab kata-kata mereka adalah kebenaran, mana yang tak penting atau membahayakan saya tak letak.



Ramai penerima bantuan membeli sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Contohnya yang kata nak jual diri, lari dari suami, ada anak luar nikah... ni saya tak tulis atau tak pamerkan. Tapi bantuan kita beri dengan bukti surat laporan polis, surat beranak dan pelbagai imej lain," katanya.

Menurut aktivis itu, pendekatan melalui gambar turut membuatkan masyarakat setempat lebih peka terhadap persekitaran mereka dan tampil untuk membantu.

Yang kata nak jual diri, lari dari suami, ada anak luar nikah... ni saya tak tulis atau tak pamerkan

SYED AZMI ALHABSHI

"Tapi ada yang negatif sehingga menghalau dari rumah kerana malu sama ada oleh keluarga, ketua kampung atau ketua kawasan atau tuan rumah.

"Ini memang risiko tapi kita dah cuba sebaik mungkin. Tiga kes yang dihalau dari rumah. Saya doakan Allah balas perbuatan mereka dengan didikan sepanjang hayat," katanya.



Perkongsian Syed Azmi selepas berakhirnya Bantuan Covid-19 yang dilaksanakan sepanjang PKP.

Syed Azmi turut mendedahkan terdapat tujuh kes penipuan membabitkan pemohon bantuan dan kesemua mereka memulangkan semula wang yang diterima.

"Kita cakap baik-baik dan mereka faham. Yang mereka tak sangka network saya luas. Itu yang tersilap," tambahnya.

Menurut Syed Azmi, beliau kini berpeluang untuk turun padang dan membantu dengan cara seperti sebelum ini dengan berjumpa penerima bantuan.

"Tapi saya tak menyesal dengan pendekatan yang saya buat dulu. Mereka banyak mengajar saya dan saya berterima kasih," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain