SETIAP pasangan yang melangsungkan majlis perkahwinan pasti mahu mengabadikan momen indah tersebut sebagai kenang-kenangan. Justeru, ramai pasangan pengantin pada masa kini lebih gemar menggunakan khidmat jurugambar dan juruvideo profesional agar momen sekali seumur hidup itu dapat diabadikan sebagai kenangan terindah. Namun malang sekali bagi pasangan pengantin ini apabila impian untuk memiliki koleksi foto dan video sewaktu hari bersejarah mereka, bertukar menjadi mimpi ngeri! ARTIKEL BERKAITAN: Tauke doorgift block pengantin sehari sebelum majlis, siap bikin drama sebelum hangus RM1,600! – “Nasib baik ada jiran pemandu lori roti” ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan! Pengantin perempuan dah bersiap mekap, pakai baju nikah yang ditempah tapi tiada pasangan - “Gambar tutup sebelah muka tu saya sebak” Pasangan pengantin ini bukan sahaja terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya sehingga terpaksa mendesak untuk mendapatkan foto dan video mereka, bahkan apa yang lebih mengecewakan, hasil kerja jurugambar berkenaan boleh dikatakan 'tangkap muat'. "Dia punya rasa nak nangis tu, memang tak boleh ceritalah! Video macam hire budak darjah 6. Gegaran 9.3 berskala richter! Lagu sama ulang-ulang! "Video panjang sangat, dia cantum sikit lagu tu untuk habiskan video. Warna macam shooting filem seram. Transition? Macam effect tampal sekadar ada," tulisnya pada satu posting di Facebook. Perkongsian Nur Amirah di Facebook menjadi tular. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pengantin perempuan tersebut Nur Amirah Sharbuddin berkata, dia menggunakan khidmat jurugambar berkenaan dengan pakej bernilai RM 2,200 untuk merakamkan majlis berinai, nikah dan bersanding di sebelah pengantin perempuan pada 20 Disember tahun lalu. "Saya cari juruvideo dekat Facebook dan YouTube. Ada dua, tiga juruvideo yang saya tanya, mereka tak berkelapangan untuk tarikh saya. "Salah seorang daripada mereka mencadangkan saya menggunakan khidmat juruvideo berkenaan. Sepanjang deal, tak pernah jumpa sebab saya di Kuala Lumpur. Cuma jumpa dia semasa majlis sahaja," cerita wanita berusia 28 tahun ini. Sebahagian tangkap layar (screenshot) perbualan Nur Amirah dengan pihak jurugambar berkenaan. Selepas hampir dua bulan majlis berlangsung, Nur Amirah berkata dia bertanyakan jurugambar berkenaan mengenai gambar dan video perkahwinannya, namun dimaklumkan bahawa ia sedang hampir untuk disiapkan. Apabila masih tiada khabar berita, Nurul Amirah kembali menghubungi jurugambar berkenaan bulan berikutnya dan jurugambar berkenaan meminta alamat untuk penghantaran menerusi pos. Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, video dan gambar yang ditunggu tetap masih belum kunjung tiba, malah ketika ditanya kepada pihak jurugambar berkenaan, mereka menyalahkan syarikat kurier kerana kelewatan disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bila saya tanya balik kenapa final product macam tu, mereka terus diam sampailah saya share report polis, mereka terus sekat saya di WhatsApp. Sebab itu la saya nekad nak viralkan. NUR AMIRAH SHARBUDDIN PENGANTIN Merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan cuba disembunyikan, Nur Amirah berkata dia 'menyiasat' sendiri sehinggalah pencariannya membawa kepada pautan di laman YouTube. Jelas sekali, video ketika majlis perkahwinannya itu cukup menghampakan dan berlainan sekali dengan contoh video yang pernah dipaparkan sebelum ini. "Sedih saya tengok video saya. Lebih kepada rasa marah sebab saya bagi kepercayaan. Hajat Nur Amirah bersama pasangannya untuk merakamkan video kenangan sempena hari bahagia mereka tidak kesampaian. "Bila saya tanya balik kenapa final product macam tu, mereka terus diam sampailah saya share report polis, mereka terus sekat saya di WhatsApp. Sebab itu la saya nekad nak viralkan. "Saya buat macam ini sebab saya terkena dan saya nak tolong juga pengantin-pengantin lain yang dah kena game dengan team mereka ni. "Kalau mereka masih berdiam diri, mungkin saya terpaksa bawa isu ni ke mahkamah. Atas dasar job yang mereka ambil tapi tak ada integriti untuk siapkan. Dan Saya juga nak tuntut balik duit saya," ujarnya yang merupakan seorang pekerja swasta. Nur Amirah merakamkan kenangan hari bahagianya bersama keluarga. Dalam pada itu, Nur Amirah berharap agar perkongsian tersebut dapat dijadikan iktibar malah dia juga menasihatkan bakal pengantin agar menyelidiki latar belakang sesebuah syarikat atau perkhidmatan terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. "Saya harap semua bakal pengantin lebih teliti untuk cari sejarah latar belakang jurufoto atau syarikat mereka. Kalau jumpa macam kes saya ni, boleh elak dan cari yang lain," ujarnya mengakihir bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!