suria

Pelik... kerap jumpa kuku, rambut dalam makanan, tak kira tapau atau masak sendiri - “Doakan aku kuat lawan hasad dengki manusia”

Gumpalan rambut dan cebisan kuku yang dijumpai ZooRia dalam makanan sama ada dibeli mahupun dimasaknya.

KETIKA sedang enak menjamu selera, pasti ada di antara kita pernah terjumpa helaian rambut atau benda asing dalam makanan.

Itu mungkin disebabkan kecuaian tukang masak yang ambil ringan aspek kebersihan diri semasa mengendalikan makanan untuk pelanggan.

Namun berbeza pula dengan wanita ini yang kerap kali terjumpa helaian rambut dan kuku dalam makanan sama ada dimasak sendiri mahupun dibelinya dari kedai.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja mandi bunga tapi lain pula jadinya, esok pagi majikan terkedu dengar cerita bibik - “Yang saya mandikan tu bukan puan”

ARTIKEL BERKAITAN: Tongkat misteri peninggalan Tok Aki bergerak sendiri, bunyi pelik kejutkan cucu di rumah pusaka

Perkongsian seorang wanita dikenali sebagai ZooRia Anisaiman mengenai pengalaman ngeri dilaluinya mendapat perhatian netizen.

“Semakin hari semakin kerap aku jumpa benda asing makanan yang aku nak makan atau dah makan.



Cebisan kuku turut dijumpai dalam kuah sate yang dinikmatinya di sebuah kedai makan. Gambar sekadar hiasan.

“Masuk ni dah kali keempat aku jumpa cebisan kuku dalam makanan yang aku tapau.

“Cebisan kuku? Ala... kuku yang kita potong tu. Bezanya biasa lepas potong kita buang tapi cebisan kuku tu aku jumpa dalam makanan aku, ” katanya dalam posting yang tular itu.

Pada mulanya, ZooRia hanya beranggapan mungkin premis yang dikunjunginya tidak menjaga aspek kebersihan atau memakai pelaris.

Aku masak soto, masak nasi... jumpa segumpal rambut. Ye segumpal bukan sehelai. Kalau sehelai dua tu perkara biasa kan. Mungkin rambut sendiri termasuk ketika memasak.

ZOORIA ANISAIMAN

First time aku kena memang terkejut tapi bersangka baik. Aku jumpa cebisan kuku yang agak besar saiznya dalam kuah sate. Tapi masa tu tak sempat masuk tekak lagi.

“Memang aku tanya budak owner kedai tu tapi ngan muka tak ada perasaan dan tak say sorry pun. Dia sengih aje. Kali kedua dari kedai sama tapi aku tapau..

“Makanan anak-anak aku tak ada pulak diorang jumpa. Tapi aku terkena lagi. Bezanya kali ni aku hampir tertelan. Kunyah-kunyah kenyal aje, aku luahkan... cebisan kuku saiz kecik, ” katanya.



Gambar cebisan kuku yang dijumpai ZooRia dalam makanan dikongsi di Facebooknya.

Cerita ZooRia lagi, keadaan itu berlanjutan sehinggalah kedai keempat dikunjunginya.

“Kali ketiga kedai yang berlainan. Aku jumpa dalam nasi yang aku tapau. Aku dah sudah makan dalam setengah jam. Aku rasa ada benda tersangkut di tekak. Aku luahkan dan muntahkan... ye cebisan kuku lagi.

“Kali keempat baru-baru ni kedai lain pula. Aku jumpa kuku selepas aku hirup kuah tomyam. Sebaik sahaja aku termakan kuku selepas aku luahkan, perut aku rasa memulas. Sebu... rasa nak muntah tapi tak muntah, ” katanya.

Namun katanya lagi, keadaan menjadi lebih teruk apabila gumpalan rambut dijumpai dalam hidangan soto yang dimasaknya pada hari ketiga Syawal.

“Aku masak soto, masak nasi... jumpa segumpal rambut. Ye segumpal bukan sehelai. Kalau sehelai dua tu perkara biasa kan. Mungkin rambut sendiri termasuk ketika memasak.



Rata-rata netizen berpendapat ZooRia terkena santau. Gambar sekadar hiasan.

“Tapi tak... segumpal. Nasi pun aku pernah jumpa juga segumpal rambut. Yang aku pasti tu bukan rambut aku. Haaa... habis rambut sape?, ” soalnya.

Pelik dengan keadaan dialaminya itu, ZooRia akhirnya bertemu dengan seorang ustaz di pusat rawatan perubatan Islam.

“Bertitik tolak dari situ aku dapat rasakan ada yang tak kena pada diri aku. Aku ada berjumpa ustaz di pusat rawatan perubatan Islam.

“Doakan aku terus kuat melawan serangan halus hasad dengki manusia, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain