JIKA sebelum ini pasangan YouTuber 'Sugu Pavithra' sering tampil dengan video-video masakan, kali ini lain pula yang dikongsi mereka. Menerusi video terbaharu pada Isnin, S. Pavithra, 28, dan suaminya, M. Sugu, 29, sudah pun berpindah ke kediaman baharu. "Ini dia kawan-kawan kita sudah packing semua barang-barang. Rumah pun sudah kelam-kabut macam sampah," ujar S.Pavithra merujuk kepada longgokan barang miliknya yang sudah dikemas. ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan sabar menanti, Sugu Pavithra akhirnya dapat ‘durian runtuh’ ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih PM” - Sugu Pavithra Antara lain yang dikongsikan termasuklah proses pemindahan barang dari rumah lamanya menggunakan sebuah lori. Dalam satu lagi video berasingan, S.Pavithra memperkenalkan pula kediaman baharunya dan turut berkongsi rakaman aktiviti mencuci yang dilakukan bersama ahli keluarga. "Ini dia rumah baharu kami dekat Sungai Siput (Perak) je. Sangat luas ya rumah ni. "Ni Sugu tengah sapu rumah. Lepas tu kita akan mula cuci rumahlah," ujarnya dalam video itu. S.Pavithra sedang membersihkan kediaman baharunya. Rata-rata netizen yang mengikuti YouTube pasangan itu turut memberikan pelbagai komen termasuklah ucapan tahniah kepada mereka. Malah, ramai yang turut memuji cara pasangan itu membersihkan kediaman mereka dan mengharapkan agar video-video masakan terus dihasilkan biarpun mereka kini sudah berpindah. Ini dia rumah baharu kami dekat Sungai Siput (Perak) je. Sangat luas ya rumah ni. S.PAVITHRA YOUTUBER "Suka tengok keluarga ni. Pembersih. Boleh tengok dari cara mereka memasak. Semoga sentiasa murah rezeki. "Saya sangat suka keluarga Sugu Pavithra. Walaupun gaji YouTube beribu-ribu tapi tetap hidup bersederhana seperti kebanyakan rakyat Malaysia. "Sangat rajin betul. Cuci rumah macam cuci periuk," tulis beberapa netizen. Barang milik keluarga itu dipindahkan dengan sebuah lori. Biarpun tidak dinyatakan sendiri, ramai yang berpendapat mereka berpindah ke kediaman yang lebih selesa memandangkan pasangan itu kini meraih imbuhan hasil penghasilan video YouTube. Malah, suaminya juga kini sudah tidak bekerja di ladang bagi memberi fokus terhadap saluran YouTube mereka. Menerusi laporan mStar sebelum ini, penantian pasangan YouTuber itu untuk mendapatkan imbuhan daripada laman YouTube sejak Januari lepas berakhir pada 19 Mei lalu. Wanita itu hadir Pejabat Pos Besar Perak di Ipoh dari Sungai Siput untuk membuat tuntutan bayaran tertunggak itu sebaik menjadi rakan YouTube (YouTube Partner). Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!