suria

Tak serik rugi beribu ringgit, tak makan nasihat pula... anak dalam dilema ibu ‘ketagih teruk’ nak cepat kaya

Kerana mahu segera mendapatkan keuntungan, seorang ibu ketagih menyertai pelaburan skim cepat kaya. Gambar hiasan

SESUNGGUHNYA wang itu tidak turun dari langit.

Dan semestinya tiada jalan mudah untuk menjadi kaya-raya.

Seorang pelajar dalam dilema memikirkan tentang ibunya yang ketagih menyertai pemasaran pelbagai peringkat (MLM) jenis skim cepat kaya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Gigit jari' telefon lesap, pemuda dedah bagaimana kena game dengan penipu duit palsu,"Datang lambat... isteri bertudung, nampak macam orang berduit"

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya rasa tak sedap hati"- Pelanggan selekeh hulur ‘duit tebal’ beli nasi lemak selepas 3 minit lihat menu... awal pagi penjual dah 'terbang' RM45.50

Menerusi perkongsian seorang guru, Mohd Fadli Salleh di halaman Facebooknya, pelajar tingkatan lima itu memaklumkan ibunya dahulu seorang yang berjaya dan berduit.

Namun atas beberapa sebab, ibunya terpaksa menjual semua rangkaian perniagaan.

"Selepas itu kesihatan ibunya merosot. Kena serangan strok dan tiada lagi punca pendapatan. Duit ratusan ribu sedikit demi sedikit habis begitu sahaja," tulis Mohd Fadli berdasarkan pertemuannya dengan pelajar itu.



Ibu kepada seorang pelajar tidak serik meskipun mengalami kerugian ribuan ringgit.

Bagaimanapun, ibu kepada pelajar itu mula terjebak dengan skim cepat kaya dan MLM yang ‘mengarut’ kerana mahu kembali kaya dengan cepat dan mudah.

"Dia nak buat duit dengan cara paling mudah. Maka setiap kali orang promosi skim cepat kaya, pasti ibunya akan terpengaruh.

"Berpuluh ribu ringgit hilang dibawa lari orang. Labur situ labur sini. Setiap kali kena tipu, ibunya berjanji takkan melabur lagi pada skim cepat kaya," katanya.

Tiada jalan singkat nak kaya cepat. Ia mesti dengan usaha demi usaha.

MOHD FADLI SALLEH

Menurut Mohd Fadli, disebabkan ketagihan itu, keinsafan ibu kepada pelajar itu tidak lama kerana kembali terjejas dengan skim cepat kaya.

"Bahkan tadi semasa makan, ibunya telefon minta dia masukkan duit ke akaun seseorang. Ibunya melabur lagi!

"Pelajar ini cuba menasihatkan ibunya, namun dia pula yang kena marah. Maka pelajar ini terpaksa akur saja. Pergi bank in duit RM200 kat siapa entah.

"Katanya ibu dia memang dah tahap kronik dan ketagih teruk. Pernah melabur RM100 dapat RM300 dalam masa beberapa hari. Kemudian melabur lagi dengan jumlah yang lebih besar terus dia kena block dengan scammer tersebut," tambahnya.



Mohd Fadli berkongsi luahan seorang pelajar mengenai ketagihan ibunya dalam skim cepat kaya. Foto Facebook Mohd Fadli Salleh

Guru itu memberi pandangan supaya menjual barang yang nyata sekiranya mahu mencari pendapatan sampingan atau berurusan dengan ejen yang 'ada nama' dan bukan scammer.

"Tak kisah produk digital atau produk fizikal. Yang penting transaksi itu sah, komisen dan keuntungan kita jana itu melalui pembelian. Bukan melalui pelaburan haram.

"Kepada mereka yang masih ketagih nak buat duit mudah, ingatlah. Tiada jalan singkat nak kaya cepat. Ia mesti dengan usaha demi usaha," katanya.

Tambah Mohd Fadli, keadaan itu seharusnya melalui proses menjual, memujuk pelanggan dan memuktamadkan jualan sebelum menikmati keuntungan.

"Bukan letak RM1,000 harap berganda RM3,000 dalam masa seminggu. Pelaburan unit amanah pun tak boleh bagi pulangan 300 peratus dalam masa singkat begitu.

"Yang ada, semua janji palsu daripada scammer dan mereka yang nak 'curi' duit kita dengan mudah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain