SUDAH menjadi kebiasaan gadis ini akan menghubungi rakan baiknya yang meminta untuk dikejutkan bangun solat Subuh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun lain pula jadinya apabila panggilan yang dibuat pada awal pagi Rabu lalu dijawab ‘lelaki’ bersuara garau. Kisah seram dilalui gadis tersebut dikongsinya menerusi satu bebenang di Twitternya sehingga mendapat perhatian netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Suara misteri nyanyi ‘berduet’ ketika lalu selekoh kubur, dua sahabat terus balik rumah... tak jadi makan tongkeng ayam ARTIKEL BERKAITAN: Misteri suara 'sini sini' tepi highway - "Naluri saya... 60 peratus dialah" "Niat nak kejut member bangun subuh tapi BENDA lain yang angkat," tulisnya di Twitter. Berkongsi cerita kepada mStar, Wan Nurfarhana berkata kejadian pelik itu berlaku ketika dia mahu mengejutkan sahabat baiknya, Nurfatihah menerusi panggilan WhatsApp pada Rabu lalu. Insiden itu berlaku padas Subuh Rabu lalu. "Saya ni jenis susah nak tidur, jadi kawan minta kejutkan dia bangun solat Subuh. Kebiasaannya saya akan call dia guna WhatsApp call. "Satu hari tu saya call seorang kawan ni, first call tu dia senyap, second call pun dia senyap lagi. Kali ketiga dia angkat, dia kata 'aku dah bangun' tapi suara dia garau macam suara lelaki dewasa. "Mula-mula tu pelik juga sebab kawan tu perempuan takkan suara garau macam tu. Tapi saya just fikir mungkin suara dia baru bangun tidur," katanya. Namun insiden itu terus bermain di fikirannya sehingga memaksa Wan Nurfarhana atau lebih mesra disapa Hana bertanya sendiri perkara itu kepada kawannya. "Tengah hari tu, kawan tiba-tiba chat cakap ‘sorrylah semalam aku tidur luar lepas tu phone aku tertinggal dalam bilik’. Dia juga beritahu tak sedap hati nak tidur dalam bilik semalam. Hana mengadu kepada rakan baiknya mengenai insiden itu kerana berasa tidak sedap hati. Gambar sekadar hiasan. "Tiba-tiba saya jadi seram sejuk. Dalam hati kata habis tu semalam tu suara siapa? Memang saya terkedu dan jadi takut lepas baca mesej tu. "Saya ingatkan kawan just bergurau ke apa. Tapi kawan kata dia tak main-main dan memang masa tu dia tengah tidur," katanya. Satu hari tu saya call seorang kawan ni, first call tu dia senyap, second call pun dia senyap lagi. Kali ketiga dia angkat, dia kata 'aku dah bangun' tapi suara dia garau macam suara lelaki dewasa. WAN NURFARHANA Pelajar Gadis berusia 17 tahun itu bagaimanapun menceritakan pengalaman pelik dilaluinya kepada rakan baiknya itu. "Malam tu saya cerita pada dia pasal call semalam. Tiba-tiba tingkap kawan kena ketuk. Adalah dalam 10 ketukan sebab katil kawan betul-betul tepi tingkap. "Saya sendiri dapat dengar dengan jelas dalam phone call time tu. Dua-dua jadi takut," katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Hana mendedahkan rakan baiknya kerap terdengar bunyi pelik di rumahnya sejak insiden itu. Gambar sekadar hiasan. Sejak kejadian itu, Hana berkata kawan baiknya itu sering menerima gangguan di rumahnya ketika malam menjelma. "Alhamdulillah saya tak pernah kena kacau lepas kejadian suara garau tu. Tapi kawan saya kerap dengar macam bunyi orang berjalan atas siling rumah. "Benda tu selalu berlaku hampir setiap malam. BIla saya call dia pun saya sendiri dapat dengar bunyi tu. Memang menakutkan. Saya ada terfikir juga mungkin rumah sewa kawan tu ada penghuni lain," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!