MACAM mana dia boleh yakin walaupun ramai body shaming? Demikian antara soalan yang sering diajukan kepada pelajar berusia 20 tahun ini setiap kali dia berkongsi video-video TikTok yang menghiburkan. Menurut Mohamad Aidil Haiqal Azman atau Kaka Azman, terlalu banyak komen yang mengaitkan berat badannya namun hal itu tidak pernah disimpan dalam hati. ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’ ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa” "Body shaming banyak sangat. Kaka tengok orang cakap macam-macam. Sebenarnya ramai juga suarakan hasrat mahu ada keyakinan diri macam saya. "Entahlah, bagi saya komen negatif tu tiada apa-apapun. Saya juga tak pernah simpan dalam hati, tak tertekan langsung. "Kadang-kadang lebih seribu komen, saya sendiri pun tak sempat baca. Kawan-kawan selalu cakap supaya saya stay strong, tapi saya tak rasa terkesan," ujarnya kepada mStar. Kaka merupakan penuntut bidang teater di Upsi. Menurut penuntut bidang teater di Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) itu, dia juga berani menonjolkan diri sebagai salah satu stratergi perniagaannya. Malah, siapa sangka perniagaan makanan berasaskan coklat yang diusahakan sejak berusia 16 tahun kini semakin berkembang maju. "Saya mula berniaga masa tingkatan empat. Saya suka tonjolkan diri untuk tarik customer. Tak semestinya sekali cuba terus berjaya, kena ada pengorbanan. Kena sentiasa positif. KAKA AZMAN PELAJAR "Alhamdulillah, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai tak boleh keluar, perniagaan saya terus berjalan. "Bagi saya, TikTok itu juga untuk hiburkan hati. Untuk haters, mereka kecam tak dapat apa-apapun," ujarnya lagi. Berasal dari Pasir Putih, Kelantan, Kaka juga mengakui bukan mudah untuk berada pada tahap hari ini. Kaka mula berniaga sejak berusia 16 tahun. Jelasnya, ada harga yang perlu dibayar namun dia tetap akan bekerja keras demi mencapai segala impian yang dihajati. "Kita jangan takut nak mencuba. Ramai juga minta petua macam mana sampai ke tahap ini? "Tak semestinya sekali cuba terus berjaya, kena ada pengorbanan. Kena sentiasa positif," ujarnya lagi. Kaka berasal dari Pasir Putih, Kelantan. Selain popular di laman TikTok, Kaka turut meraih lebih 20,000 pengikut di laman Instagram. Malah, dia aktif menghasilkan pelbagai video termasuklah tarian dan sebagainya dalam usaha memperkenalkan namanya dan perniagaan yang dijalankan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!