IMPIAN seorang lelaki untuk memiliki kereta mewah Mercedes-Benz sejak tahun 1963 akhirnya menjadi realiti setelah ia dihadiahkan oleh anak perempuannya. Kisah hadiah awal sambutan Hari Bapa itu menjadi tular setelah dikongsi anaknya, Nurin Afiqah, 24, menerusi laman Twitter. Mesra disapa Nurin, dia mengakui bersyukur dapat memenuhi impian bapanya, Zulkifli Abd Kadir yang juga pensyarah bidang sains sukan di sebuah universiti. ARTIKEL BERKAITAN: Kerana gigi, jurulatih zumba tanggung derita 9 tahun... diejek, kena buli sampai ada Kelab Anti Nurin -“Orang cakap saya muka sampah” ARTIKEL BERKAITAN: “Ini apa yang saya suka” - Gadis jelita penuh yakin berzumba dalam MRT "Sebenarnya nak buat kejutan, tapi tak tahu ayah nak model yang mana. Tapi ayah memang setiap tahun cakap dia nak kereta Mercedes. "Itu dah jadi impian dia sejak tahun 1963. Jadi hari Jumaat kami pergi tengok kereta, sekarang dalam proses dan InsyaAllah akan dapat pada Rabu ini," ujarnya kepada mStar. Menurut ahli perniagaan dan jurulatih zumba itu, dia juga tumpang gembira melihat bapanya cukup teruja dengan hadiah tersebut. Perkongsian Nurin mengenai kisah itu turut menjadi tular di laman Twitter. Malah, ia juga disifatkan sebagai hadiah awal sambutan ulang tahun kelahiran ke-60 bapanya yang bakal menjelang pada September. "Saya tengok ayah sangat gembira, gembira luar biasa. Itu juga yang membuatkan saya gembira dan rasa tak kisah nak berbelanja. "Sepanjang membesar ayah pun manjakan saya, tapi dia didik saya jadi individu yang berdikari. Itu dah jadi impian dia sejak tahun 1963. Jadi hari Jumaat kami pergi tengok kereta, sekarang dalam proses dan InsyaAllah akan dapat pada Rabu ini. NURIN AFIQAH AHLI PERNIAGAAN/JURULATIH ZUMBA "Berkat doa ayah juga saya dapat capai apa saya ada hari ini. Tak boleh nak jelaskan perasaan bila capai benda yang kita inginkan. "Ia juga membuatkan saya nak bekerja lebih keras. Ayah pun dah berusia, saya cuba sempurnakan impian dia. Perasaan ini tidak ternilai," ujarnya lagi. Selain menjadi jurulatih zumba, Nurin turut menjalankan beberapa perniagaan. Dalam pada itu, Nurin juga bersyukur apabila kisah yang dikongsikan di Twitter sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada individu lain. Sehingga kini, ia menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. "Saya nak ubah persepsi. Tak perlu nak nampak diri gah, tapi orang lain terseksa. Maksudnya bukanlah keluarga saya terseksa, tapi ada yang dah berusia belum capai apa yang dimahukan. "Jadi saya bagi pada mereka dulu. Sekurang-kurangnya dapat merasa. Nilai yang saya bagi tak mampu tandingi segala jasa dan pengorbanan ayah. Kata Nurin, dia tidak kisah berbelanja untuk keluarga sendiri. Bercerita mengenai dirinya, Nurin menjalankan beberapa perniagaan seperti makanan, suplemen kecantikan dan kesihatan, serta fesyen. Malah, jurulatih zumba itu juga banyak menjalankan kolaborasi dengan beberapa jenama atas kapasiti peribadinya yang memiliki lebih 360,000 pengikut Instagram.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!