suria

Bini buat surprise sambutan hari jadi mewah, di akhir cerita suami ‘terkena’ bayar bil - “Sayang nanti bayar balik kan?”

Foto kiri menunjukkan reaksi lucu Shahril menerusi video yang tular pada kejutan hari ulang tahunnya.

SIAPA yang tak teruja apabila ada kejutan sempena hari ulang tahun kita, lebih-lebih lagi daripada insan tersayang.

"Yeah, birthday ada orang nak belanja. Yahoo!" kata seorang lelaki yang teruja menerusi video yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, setiba di kaunter, isterinya tidak mempunyai wang tunai mencukupi berikutan mesin elektronik untuk bayaran tanpa tunai di premis tersebut mengalami masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedih tak jadi 'repeat' aktiviti bulan madu, sekali Neelofa bagi hadiah - "Saya sebenarnya tak tahu pun..."

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan gimik! Nak bagi satu je, tapi suami beli 9 iPhone 11 Pro suruh isterinya pilih yang paling suka - "Saya sendiri guna enam phone..."

"Haa... mampus," ujar suami dengan wajah terkejut sehingga mencuit hati netizen.



Isteri (kiri) membuat kejutan hari jadi dengan dekorasi yang cantik di sebuah restoran.

Suami berkenaan, Shahril-Fikry Md Saad berkata, insiden lucu itu berlaku semasa kejutan hari ulang tahunnya ke-42 di sebuah restoran di Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu.

Dia bagaimanapun baru berkongsi video tersebut di laman sosial dan tidak menyangka ia menjadi tular serta menerima pelbagai reaksi.

"Masa birthday saya tu, isteri cuma minta saya memandu dari rumah kami di Shah Alam ke Kuala Lumpur dan beri direction sepanjang perjalanan.

"Saya tak tahu dia nak bawa ke mana. Saya ni tak berapa suka surprise, seboleh-bolehnya nak tahu makan di mana dan terus pergi," katanya kepada mStar.



Shahril menyambut ulang tahun ke-42 pada 13 Jun lalu.

Shahril berkata, dia bagaimanapun terkejut sebaik tiba di restoran yang menjadi lokasi kejutan hari ulang tahunnya kerana tempat itu kelihatan mewah dan glamor.

"Siap ada belon-belon, ada dekorasi cantik kat meja dan set hidangan yang gah sampai ada lagi kejutan kek hari jadi yang dibawa staf-staf restoran.

"Saya fikir mesti mahal, kenapalah isteri sanggup bersusah-payah untuk saya. Saya sebenarnya tak kisah pun kalau nak sambut birthday kat tempat biasa-biasa.

"Saya sedar kedudukan saya sekadar jurujual, kerja makan gaji. Tapi isteri sanggup buat kejutan nak gembirakan saya," katanya yang bekerja dalam industri golf.



Shahril tidak menyangka menerima kejutan hari jadi yang disifatkannya sebagai mewah dan grand.

Mengulas lanjut mengenai video yang tular, katanya, isterinya lebih selesa menggunakan kad kredit atau debit untuk berbelanja apabila berada di luar rumah.

"Jadi, isteri saya memang jenis tak bawa banyak wang tunai ke mana-mana. Bila mesin nak bayar guna kad kat restoran tu ada masalah, jadi isteri memang tak cukup cash.

"Bila kat kaunter, jumlah bil beratus. Bila isteri tak cukup cash nak bayar, masa tu saya rasa ‘terkena’ dan rasa kelakar sebab isteri yang nak belanja, tapi masalah mesin tu la," tambahnya.

Bila isteri tak cukup cash nak bayar, masa tu saya rasa ‘terkena’ dan rasa kelakar sebab isteri yang nak belanja.

SHAHRIL-FIKRY MD SAAD

Menurut Shahril yang berasal dari Shah Alam itu, mujur dia berbeza dengan isterinya kerana lebih selesa membawa wang tunai ke mana-mana untuk membuat pembayaran.

"Dalam dompet sentiasa ada cash. Dan kebetulan hari tu memang ada cash yang cukup untuk bayar bil birthday dinner saya. Jadi, saya dahulukanlah untuk bayar," katanya yang mengahwini isterinya akhir tahun lalu selepas berkenalan menerusi aplikasi TikTok.



Shahril amat menghargai usaha yang dilakukan isteri sempena hari ulang tahunnya.

Shahril yang mengahwini isterinya akhir tahun lalu berkata, dia amat menghargai usaha isterinya yang juga bekerja sebagai jurujual.

"Lepas saya dah bayar tu, saya ada bisik-bisik manja bergurau dengan isteri masa kami keluar dari restoran, 'Sayang, nanti bayar balik kan?'.

"Isteri kata esok dia bayarkan, baki selepas deposit yang dia dah bayar semasa buat tempahan. Memang dia bayar balik sebab niat dia nak belanja saya. Tapi dengar jawapan isteri tu dah buat saya tersenyum... leganya rasa," katanya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
surprise, hari jadi, birthday, isteri, cash,

Artikel Lain