SEJAK beberapa hari lalu tular status Facebook seorang wanita yang mempersoalkan tindakan mencampur baju anak-anak dan suami ketika proses membasuh. Wanita itu berkata, walaupun hukum mengatakan basuhan suci tapi dia berpandangan tindakan itu sebagai tidak memuliakan suami. Status tersebut bagaimanapun menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen khususnya kaum ibu yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat wanita berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami... bantulah, pujilah isteri di waktu PKP ini... Itulah dilakukan Rasulullah ARTIKEL BERKAITAN: Catatan buruk atau baik di media sosial, ‘sahamnya’ akan diterima sehingga kiamat "Benda mudah tapi orang suka buat jadi payah. Nak muliakan suami tapi bila bercakap dengan suami pun macam baru lopeh makan penyogek tah po namo eh tah,” kata Marliana. "Mungkin ayat memuliakan suami tu tak sesuai. Sebab basuh baju suami tak bererti memuliakan suami. Menjaga maruah suami itu dikira memuliakan suami daripada basuh baju," kata Ila. Selepas dikecam ramai, status tersebut bagaimanapun telah dipadam dari Facebook wanita tersebut atas alasan enggan memanjangkan isu. Perkara tersebut turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Azman yang berkongsi pandangannya menerusi satu posting di Instagram. PU Azman tampil berkongsi pandangan mengenai perkara tersebut dalam satu posting di Instagramnya. Menurut PU Azman, golongan ibu tidak perlu rasa bersalah jika mencampurkan pakaian suami dengan anak-anak kerana tiada dalil daripada al-Quran dan hadis sahih mengenai perkara itu. "Bila keluar kenyataan ‘asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami’ akan berlaku tempias kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memuliakan suami. "Kalau kena asingkan pakaian suami tanpa sebab kukuh seperti kelunturan warna baju atau najis pada pakaian anak-anak, maka kelihatan ia berlebih-lebihan. Suami isteri adalah rakan kongsi rumah tangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan. Apa guna asingkan baju suami tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terasing. PU AZMAN Pendakwah bebas "Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat 'memaksa' orang lain buat atas nama agama," katanya. Malah dia berkata, Islam bukan agama yang menyusahkan. "Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama. "Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama. Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Ramai terutamanya para isteri tidak bersetuju dengan pandangan wanita tersebut. "Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab. Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dengan baju anak-anak. Ini tak masuk akal," katanya. Jelas PU Azman lagi, suami dan isteri harus saling memudahkan antara satu sama lain. "Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami. "Tetapi kita tak cakap pula isteri yang minta suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi takkan sekadar campurkan pakaian itu dikatakan tak memuliakan suami. "Suami isteri adalah rakan kongsi rumah tangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan. Apa guna asingkan baju suami tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terasing," katanya. Dalam pada itu, seorang pendakwah bebas Rizzuan Amir Abu Bakar turut tidak bersetuju dengan pandangan wanita itu yang jelas menunjukkan dia tidak beradab dengan Rasulullah SAW. Antara reaksi orang ramai berkenaan status tersebut yang kecoh diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu. "Kenyataan dia sebenarnya menyeleweng dari kebenaran. Hadis yang digunakan wanita ini memang tak betul. Saya tak pasti sama ada dia beradab dengan suaminya atau tak. "Tetapi hadis-hadis yang dia guna dalam post dia untuk menghalalkan pemikiran dia jelas menunjukkan dia tidak beradab dengan Rasulullah SAW," katanya. Justeru dia berharap agar wanita tersebut insaf dan kembali kepada kebenaran serta tidak bermain falasi lagi. "Ya, memang bab adab sahaja. Tetapi dia berdusta atas nama Rasulullah SAW untuk membenarkan pemahaman dia. Kemudian dia menggunakan hadis bukan pada tempatnya, dengan kata lain kaedah istidlal dia sangat celaru. "Sebab itu pemahaman fiqhul hadis sangat penting. Kalau isteri basuh pakaian sekali pun (tak asingkan) masih dianggap beradab, bahkan kalau suami basuh sendiri pakaiannya pun isteri masih dikira beradab, tiada masalah," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!