suria

Anak bengang rumah mak jadi ‘tandas tetap’ kucing jiran, dulu dah buat hal curi air cuci sangkar - “Jangan melampau sangat”

Seorang pelayar Facebook meluahkan rasa kecewa dengan sikap jiran ibunya yang suka melepaskan kucing sehingga haiwan peliharaan mereka 'membuang' merata-rata. Foto: Acik Eim

"ALLAH... dugaan betul dapat jiran macam ni."

Demikian keluhan yang disuarakan seorang pelayar di Facebook gara-gara tidak tahan dengan sikap 'lepas tangan' jiran kepada ibunya.

Menerusi satu posting yang dimuatnaik baru-baru ini, pelayar yang dikenali sebagai Acik Eim meluahkan rasa kecewa apabila jiran ibunya didakwa sengaja melepaskan kucing peliharaan mereka sehingga haiwan-haiwan berkenaan membuang najis merata-rata.

ARTIKEL BERKAITAN: Si bulus merajuk gara-gara tuan terpicit ‘berlian’ masa mandi, terus tak nak keluar bilik air – “Mia datang dekat pun tak layan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang tak ada suspek lain lagi dah” - Si Lusoh terkena panick attack selepas nampak anjing, ‘membuang’ dalam bekas beras pulutlah jawabnya!

Paling mengecewakan ujar pelayar ini, rumah ibunya yang dikosongkan buat sementara kerana kerosakan bumbung, turut menjadi lokasi tetap untuk haiwan-haiwan berkenaan 'membuang'.

"Ini rumah mak saya. Kami tahu dan nampak ini kucing siapa. Tapi tuan empunya memang sengaja biarkan lepas kucing dan berak merata.



Posting yang dimuat naik oleh seorang pelayar ekoran kecewa dengan sikap lepas tangan jiran kepada ibunya.

"Kemudian bila ditanya tak nak mengaku. Banyak kali dah jadi ni. Rumah mak saya kosong sebab ada kerosakan bumbung.

"Tapi tak bermakna kami tak datang tengok-tengok rumah. Janganlah jadikan sebagai tandas kucing kesayangan awak pula. Rumah awak bersih berkilat. Kandang kucing bersih berkilat tapi rumah jiran sebelah, awak jadikan tandas kucing awak pula," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menurut wanita ini, hampir setiap kali dia dan ibunya menjenguk rumah berkenaan yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam, mereka terpaksa membersihkan halaman rumah yang dipenuhi najis haiwan berkenaan.



Pemilik kucing seelok-eloknya menyediakan pasir khas untuk haiwan peliharaan mereka untuk mengelakkannya 'membuang' merata-rata. Gambar hiasan.

"Mak saya dah 72 tahun. Mana larat nak kerjakan najis macam ni. Kami tak adalah kejam sangat nak buang kucing awak tu. Tapi janganlah melampau sangat.

"Dulu curi air rumah kami buat cuci kandang kucing awak, sekarang biarkan kucing awak membuang kat depan pintu rumah pula," tulisnya.

Tambah wanita ini, dia dan keluarganya tidak mempunyai masalah sekiranya jiran mereka memelihara kucing, namun menasihatkan mereka agar menjaga haiwan peliharaan dengan baik dan menjaga adab hidup berjiran.



Bagi mereka yang tinggal di kawasan taman perumahan atau kondominium, seeloknya tempatkan haiwan peliharaan di dalam sangkar. Gambar hiasan.

"Kita ni orang Islam. Tak baik sakitkan hati jiran. Saya harap jiran-jiran yang bela kucing bolehlah jaga haiwan peliharaan anda baik-baik.

"Jangan sakitkan hati jiran hanya kerana nak jaga hati kucing. Kami tak reda.

"Sesiapa sudi share sampai ahli keluarga dia perasan atau empunya badan baca dan sedar diri," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih 545 shares selain dibanjiri ratusan komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kucing, berak, rumah, jiran

Artikel Lain