SEORANG wanita tampil berkongsi kisah dirinya diganggu seorang pemandu kereta dari sebuah syarikat e-hailing baru-baru ini. Tidak mudah melenting berhubung kejadian itu, Ayu Aziz, 28, bagaimanapun memilih cara baik untuk menghentikan gangguan tersebut. Mesra disapa Ayu, wanita dari Johor itu bertandang ke Kuala Lumpur (KL) atas satu urusan dan mula menerima mesej daripada pemandu tersebut sejurus tiba di hotel. ARTIKEL BERKAITAN: “Baik sangat-sangat, saya suka” - Suami nyaris ‘dikebas’ pelanggan, peniaga pecat runnner kesayangan serta merta ARTIKEL BERKAITAN: Wanita harap rider faham tugas, jangan beri alasan ‘lambat sebab cuaca’ - “Tak pernah dengar perkataan baju hujan kot” "Masa tu saya ada urusan kerja. Saya malas nak drive kerana tahu banyak pengangkutan awam di KL. Pemandu tu tersesat sewaktu mahu jemput. Jadi saya hubungi dia. "Sepanjang perjalanan saya berbual atas dasar hormat, segan sebab dia terpusing-pusing masa nak jemput saya. Sampai hotel dia WhatsApp. "Tapi saya balas baik-baik. Minta maaf dan cakap saya tak available. Dia pun minta maaf semula. Dan berakhir di situ," ujarnya kepada mStar. Kata Ayu, kejadian berlaku sewaktu dia berkunjung ke ibu negara baru-baru ini. Kata Ayu, mujurlah dia tidak cepat melenting dengan gangguan sebegitu selagi ia tidak melampau batas. Malah, dia juga menolak kaedah membuka aib orang lain dengan menyebarkan nombor telefon lelaki itu sebagaimana kes sebelum ini yang menjadi tular. "Saya cakap tak berminat, dia pun OK. Jadi tak adalah rasa takut, dia pun hormati saya. Mungkin dia cuba nak dekat, nak berkawan... tapi saya cuba layan semua orang dengan baik. Jangan buat orang marah sampai dendam dengan kita. AYU AZIZ "Tapi saya belajar, orang ni bukan tak faham bahasa, dia pun manusia. Kalau tolak baik-baik dia faham. "Saya pilih untuk cakap baik-baik. Ia bukanlah kali pertama jadi macam ni. Ada satu kes sebelum ini, lelaki tu tak faham bila saya cakap tak berminat. "Dia desak supaya bagi peluang, bila saya cakap nak lapor polis baru dia berhenti. Pada saya kita cakap elok-elok dulu, kalau tak dengar baru ambil tindakan," ujarnya. Ayu datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan selesa menggunakan pengangkutan awam yang ada. -Gambar hiasan Tambah Ayu, dia enggan memilih jalan singkat dengan menularkan identiti lelaki itu kerana risau akan keselamatan dirinya. "Saya fikir kalau viralkan, dia bukan tak ada sosial media. Kita tak tahu siapa follow kita. Boleh jadi orang tu baca apa kita tulis. "Takut orang tu balas dendam, jadi lebih teruk. Benda tu normal je sebenarnya. Nasihat dan cakap elok-elok selagi orang tu tak lebih limit. "Mungkin dia cuba nak dekat, nak berkawan... tapi saya cuba layan semua orang dengan baik. Jangan buat orang marah sampai dendam dengan kita," ujarnya lagi. Kata Ayu, dia menerima mesej daripada pemandu tersebut sejurus dia masuk ke hotel inapannya. Terdahulu, Ayu berkongsi pengalaman dirinya selepas seorang gadis mendedahkan dia menerima mesej gangguan daripada seorang rider. Sejak dikongsi pada Sabtu, perkongsian Ayu menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet) dan dihujani pelbagai komen netizen. Malah, ramai yang turut memuji Ayu kerana mengambil pendekatan berhemah dalam berdepan situasi seperti itu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!