suria

“Saya tak suka rakan-rakan buat macam ni” - Ramai harapkan bayaran, tapi Aiman tak kisah kawan tumpang keretanya tak hulur duit minyak

Aiman tak kisah sekiranya rakan-rakannya tidak memberikan duit minyak apabila menumpang keretanya. Foto Mohd Aiman Abu Baharin

MACAM-macam cara untuk menghargai rakan yang menumpangkan kita dengan keretanya.

Ada yang selit duit di celah-celah dan segala ruang yang ada di dalam kereta, atau menyerahkannya sendiri kepada tuan kereta.

Namun lain pula dengan pemuda ini yang tidak ambil kisah sekiranya tiada duit minyak dihulurkan selepas mana-mana rakan menumpang keretanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ada Audi R8 tutup semua lubang dalam kereta Axia dengan 30 keping duit RM50 - "Kadang-kadang pelik juga perangai orang kaya ni"

ARTIKEL BERKAITAN: Buat video show off selepas rakan ikut bercuti, tapi tak ada 'common sense' hulur duit minyak - "10 jam perjalanan, siap hantar seorang demi seorang balik rumah"

"Saya tak suka bila rakan-rakan saya buat macam ni. Jika mereka nak saya ambil mereka dan saya ada kereta, saya sedia bantu. Duit minyak is nothing, just be my true friend," tulisnya dengan mengulang kicau posting individu lain mengenai 'rakan yang tahu adab menumpang', menerusi foto wang kertas diselitkan di dalam kereta.



Pandangan Aiman yang dikongsi di laman Twitter.

Pemuda berkenaan, Mohd Aiman Abu Baharin berkata, dia pernah menumpangkan rakan-rakan menggunakan kereta milik bapanya.

Lebih dikenali sebagai Aiman, anak muda berusia 20 tahun itu memberitahu, sebelum ini dia sendiri pernah merasai pengalaman menumpang kereta orang lain.

"Saya juga pernah menumpang kereta orang terutama apabila bapa saya sibuk bekerja. Jadi, saya sendiri merasai kesusahan tiada pengangkutan untuk ke sana ke sini.

"Jadi, bila saya sendiri ada kereta untuk tumpangkan kawan-kawan, saya bantu mereka sebab saya pernah berada di tempat mereka sebelum ini," katanya kepada mStar.



Aiman sedia menumpangkan rakan-rakannya.

Bukan mahu berlagak, malah menafikan dia bukan datang dari keluarga berada, Aiman bagaimanapun tidak kisah sekiranya rakan-rakan yang menumpang tidak menghulurkan duit minyak.

"Ada juga rakan-rakan cuba selit duit dalam kereta dan saya hanya perasan bila dah balik ke rumah. Saya akan call mereka dan beritahu yang saya tak kisah pun tumpangkan mereka.

"Saya cakap dengan baik dan akan pulangkan semula duit tu bila berjumpa. Atau saya belanja mereka makan menggunakan wang tu. Sama-sama berkongsi rezeki.

"Ada kawan yang ada kereta, tapi nak carpool (berkongsi kereta). Saya tak kisah sebab ada masa dengan kawan-kawan," ujarnya yang berasal dari Miri, Sarawak.



Aiman (kiri) tak kisah mempunyai kelompok rakan-rakan yang kecil.

Lepasan asasi sains di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) itu juga tidak kisah sekiranya ada rakan-rakan yang mahu mengambil kesempatan di atas kebaikannya.

"Bagi saya, buat baik itu urusan kita. Kalau mereka nak ambil kesempatan itu urusan dia dengan Tuhan. Jangan kita pula buat perkara tidak baik.

Buat baik itu urusan kita. Kalau mereka nak ambil kesempatan itu urusan dia dengan Tuhan. Jangan kita pula buat perkara tidak baik

MOHD AIMAN ABU BAHARIN

"Ibu saya berpesan jangan kita berkira dengan orang lain sebab kita sendiri kadang-kadang memerlukan bantuan orang lain tanpa dijangka. Bantu mereka seikhlas hati," tambahnya.

Namun anak ketiga daripada enam beradik itu memberitahu, dia rela mempunyai rakan-rakan yang tidak ramai kerana lebih mementingkan kualiti persahabatan.



Aiman (belakang, tiga dari kanan) lebih mementingkan kualiti dalam persahabatan.

"Kalau ada kawan-kawan yang cakap belakang, memang saya akan jauhkan selepas ini. Saya tak cari ramai kawan, tapi mahu berkawan yang ikhlas dengan saya.

"Tapi kalau ditakdirkan yang cakap belakang atau perangai buruk tu benar-benar dalam kesusahan, dan meminta pertolongan saya untuk menumpangkannya, saya tetap akan tolong tumpangkan.

"Nak tolong orang kena sentiasa ikhlas, jangan fikir apa keburukan yang dia dah buat dengan kita, tapi apa kebaikan yang boleh kita buat tanpa mengharapkan balasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
tumpang, kereta, duit, Aiman tak kisah

Artikel Lain