KECOH laman Twitter pada Jumaat apabila seorang pemuda berkongsi foto bungkusan misteri yang ditemui di dalam semak. Lengkap dengan lilitan kain kuning, ia ternyata menimbulkan persoalan ramai sehingga dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik. Selain itu, ada juga yang beranggapan terdapat seorang bayi dalam bungkusan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Pengirim kotak misteri dituduh cuba santau sebab ‘terlajak’ kreatif, gadis minta ‘secret admirer’ perkenal diri ARTIKEL BERKAITAN: Hantar gambar bogel tak fikir dosa, lelaki gila seks menggelabah gadis balas main khurafat - “Muka je cantik akal pendek” Selepas sehari membiarkan netizen berteka-teki, pemilik posting iaitu Abdul Rahman Mohd Jamadi, 23, tampil membongkar kandungan bungkusan itu pada Sabtu. "Sebenarnya itu bungkusan buah nangka. Orang tua-tua biasanya akan balut untuk peram dan tak nak bagi binatang makan. Aman (kiri) bersama neneknya yang kini berusia 80 tahun. "Nangka tu peram kat rumah nenek saya di Batu Pahat, Johor. Saya balik kampung Rabu lepas. Buah itu pun dari pokok nenek saya. "Lepas balut, nampak macam baby. Saya cuba buat prank dan letak kat semak. Lepas post di Twitter, ramai tertunggu-tunggu nak tahu isi dalam bungkusan," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Aman, dia mengakui sekadar mahu berjenaka dan tidak sangka ramai yang teruja menantikan jawapan darinya. Kalau saya ikat pakai kain warna lain, mesti orang tak fikir seram. ABDUL RAHMAN MOHD JAMADI Jelasnya lagi, rata-rata pelayar Twitter terhibur dengan prank itu, tak kurang juga segelintir individu yang memberikan komen negatif. "Ramai yang terhibur. Tapi ada juga yang ambil serius selepas saya kongsi perkara sebenar sehari kemudian. Ada yang cakap saya attention seeker, tapi saya tak peduli pun. "Ada yang fikir terdapat baby dalam bungkusan tu. Ramai juga yang seram, sebab ada kain kuning. Kain kuning tu sebenarnya kain baju jersi. Ramai yang menyangka ada bayi dalam bungkusan itu. "Kalau saya ikat pakai kain warna lain, mesti orang tak fikir seram. Tapi ramai fikir bukan-bukan sebab selalu tengok kisah kain kuning dalam drama-drama seram," ujarnya. Menurut Aman, buah nangka itu sebenarnya dibalut agar tidak mengeluarkan bau yang kuat bagi membolehkan ia dibawa menaiki kereta untuk pulang ke rumahnya di Tampoi. Malah, ia juga sudah habis digoreng untuk dinikmati bersama keluarga. Ramai yang menantikan jawapan sebenar di sebalik bungkusan itu setelah ia tular di Twitter. Sehingga kini, posting Aman mengenai nangka dari rumah neneknya, Ramlah Abdullah, 80, menerima lebih 32,800 ulang kicau (Retweet). Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen yang memberikan pelbagai andaian berbeza sebelum kisah bungkusan misteri itu terbongkar pada Sabtu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!