KADANG-kadang, tanpa disedari kita akan bertemu dengan orang lain yang mengingatkan kita kepada ahli keluarga sendiri. Seperti seorang pendidik ini, kunjungannya ke sebuah kedai dobi layan diri pada suatu pagi mempertemukannya dengan seseorang lelaki warga emas. "Pagi tadi sebelum ke tempat taklimat, aku sempatlah bersarapan di satu kedai ni. Sebelum masuk ke kedai tu, aku ke sebelah dulu untuk keringkan pakaian di dobi layan diri. Kiranya, sambil makan tu, keringlah baju-baju tu. ARTIKEL BERKAITAN: Rider tergamam berdepan 'kebaikan manusia', lebih touching kejutan dibuat pelanggan Cina... satu keluarga dapat makan free! ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak belanja 'frontliner'... sampai di kaunter duit tak cukup, apa kau rasa? – "Tadi mamat tu kata boleh bayar pakai Apps" "Masuk je ke dalam, aku perasan satu susuk tubuh ni. Seorang lelaki dalam awal 60-an tengah melipat baju yang baru dikeluarkan dari mesin pengering," tulisnya menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Firdauz Abdullah. Lelaki warga emas yang ditemui semula di kedai makan sedang menikmati mi goreng. Pemuda berkenaan, Ahmad Firdauz Abdullah Tahrin berkata, melihat lelaki warga emas itu terus mengingatkannya kepada bapanya yang sudah lama tidak bertemu. "Bila lihat pakcik tu, terus aku teringat pada ayah aku yang dah masuk tujuh bulan tak bertemu. Tersenyum sendiri aku melihat beliau, betul-betul macam ayah aku," ujarnya sambil menambah warga emas tersebut kemudian beredar keluar dari kedai dobi. Selesai memasukkan pakaian untuk dikeringkan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nanas di Pontian, Johor itu kembali ke kedai sebelah untuk menikmati sarapan. Di kedai makan, kata Ahmad Firdauz, dia sekali lagi melihat lelaki warga emas yang ditemuinya di kedai dobi tadi sedang menikmati sarapan mi goreng dan air suam. "Perlahan-lahan beliau menyuap ke mulut. Sekali lagi hati aku terdetik, dan melayang fikiran teringatkan ayah aku. "Siap sahaja makan, terus aku ke kaunter, dengan niat cuma satu. Hari ni aku nak belanja pakcik ni, semoga mak dan ayah aku pun adalah orang yang baik hati tengok-tengokkan nanti," katanya yang berpengalaman dalam bidang perguruan lebih 16 tahun. Perkongsian Ahmad Firdauz di laman sosial meraih perhatian netizen. Selepas membuat bayaran di kaunter, Ahmad Firdauz kembali ke kedai dobi di sebelah untuk mengambil baju yang sudah siap dikeringkan. Bapa kepada dua anak itu bagaimanapun ditegur oleh seseorang dari belakang ketika mengemaskan pakaiannya. "Assalamualaikum, adik. Awak ke yang bayarkan makan saya tadi?" kata lelaki warga emas itu yang ditemuinya di kedai makan. Memanglah nilainya tidak seberapa. Tetapi menjadi satu kepuasan diri pada aku apabila dapat belanja orang makan. Apatah lagi orang yang kita tak kenali. Bahagia tau. AHMAD FIRDAUZ ABDULLAH TAHRIN "Waalaikumussalam, err.. ya balas aku. Ingatkan nak diam-diam je, tapi ni mesti budak pelayan tu yang beritahu," ujar Ahmad Firdauz. Sambil tersenyum dan meminta izin untuk beredar, warga emas itu sempat berkata sesuatu kepada guru berkenaan: "Terima kasih ya, terkejut juga waktu nak bayar tadi, budak tu cakap cikgu yang duduk di sebelah meja tu yang bayarkan. Terima kasih sekali lagi.. Saya doakan awak dimurahkan lagi rezeki. Terima kasih ya." Ahmad Firdauz. Foto Facebook Firdauz Abdullah Menurut Ahmad Firdauz, perkongsiannya itu adalah mengenai amalan sedekah tanpa memikirkan berapa nilainya. "Nak rasa jadi orang kaya? Mudah sahaja pada aku... bersedekahlah. Macam aku buat tadi, belanja orang sebelah meja. Sambil niat sedekah itu untuk mak dan ayah kita. "Memanglah nilainya tidak seberapa. Tetapi menjadi satu kepuasan diri pada aku apabila dapat belanja orang makan. Apatah lagi orang yang kita tak kenali. Bahagia tau. "Belanjalah anak-anak dan isteri kita yang sentiasa mendoakan kita. Mungkin mereka tak pernah berdoa secara terang-terangan tetapi percayalah, urusan seharian kita mudah dan rezeki kita murah adalah disebabkan doa mereka," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!