UMUM mengetahui usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida sentiasa memberi dorongan kepada anak perempuannya, Cik B untuk tampil lebih feminin, kurus dan putih. Namun perbualan dua beranak itu di aplikasi WhatsApp yang dikongsi Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin di Twitter ternyata mencuit hati netizen. Tweet Cik B dengan kapsyen ‘Camna nak kuruskan badan?’ mendapat lebih 25,000 ulang kicau dan 37,400 tanda suka di platform media sosial itu. ARTIKEL BERKAITAN: Cik B sindir Diva AA cara halus, guna suara ‘sumpah seranah’ Azwan Ali untuk video TikTok ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Vida kesal tindakan Azwan Ali bakar perfume, hina arwah anak - “Nak bayar gapo? Dia sebenarnya tetamu tak diundang” Menerusi paparan skrin mesej tersebut, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menawarkan untuk membelikan kereta mewah jenis Mercedes Brabus G79 6x6 yang berharga RM3.2 juta kepada anaknya itu. Paparan skrin mesej Vida yang dikongsi Cik B di Twitternya menjadi tular. Namun Cik B perlu mengikut syarat ditetapkan sebelum permintaan itu ditunaikan ibunya. "Mama beli untuk Cik B nak? Asal Cik B kurus & putih ye," tulis Vida. Vida ketika dihubungi mStar turut mengesahkan dia serius dengan tawaran tersebut. "Saya serius... saya memang nak dia kurus. Jadi saya beri dia tempoh lima bulan dari tarikh hari tu sebab dia dah cakap OK. "Lagipun saya suka tengok dia naik kereta besar. Awalnya dia suka kereta Hummer tapi Hummer tu bergegar-gegar. "Jadi kereta yang macam jeep, ganas macam tu (Brabus) memang sesuailah untuk dia," katanya. Kereta mewah itu dianggarkan berharga RM3.2 juta. Meskipun harga kereta tersebut terlalu mahal, Vida bagaimanapun tidak kisah asalkan Cik B boleh memenuhi permintaannya itu. "Harga tu boleh tahan tapi tak pelah janji Cik B boleh kurus, putih. Saya mahukan dia kurus secara sihat. "Saya tak nak jenis potong-potong usus sebab benda tu bahaya. Jadi first sekali Cik B cakap dia nak pakai braces dulu so dia boleh control makan," katanya. Saya serius... saya memang nak dia kurus. Jadi saya beri dia tempoh lima bulan dari tarikh hari tu sebab dia dah cakap OK. HASMIZA OTHMAN Usahawan kosmetik Pada masa sama, Vida turut mendedahkan dia berhasrat untuk mengupah seorang jurulatih kecergasan bagi membantu Cik B merealisasikan hasratnya itu. "Sebenarnya sebelum ni dia dah ada fitness trainer tapi tak tegas. Bila Cik B kata penat, tak naklah jadi dia pun ikut je. "Jadi saya kena cari yang lain pula. Saya kena buat interview dan prefer trainer perempuan," katanya. Vida memberi tempoh masa selama lima bulan kepada Cik B untuk memenuhi permintaannya itu. Susulan itu, ramai berkongsi petua dan tips dengan Cik B untuk kurus dan memutihkan kulitnya demi mendapatkan kereta yang ditawarkan ibunya itu. "Try buat intermittent fasting (IF) Cik B. Pastu minum air banyak dooh. Malam jangan makan stop at 7 and slowly cut sugar. Jangan lupa buat cardio sikit-sikit," kata Chibimun. "Cik B kalau nak kurus jangan diet secara extrem tau. Cuba kurangkan nasi dalam setiap meal, kurangkan juga lauk pauk tu. Makan sayur, minum air banyak-banyak. Lepas tu exercise 3 kali seminggu. Kalau consistent setahun InsyaAllah kurus," katanya Ipan Sementara itu, terdapat netizen yang terkejut dengan tawaran Vida terhadap Cik B. "Tanya macam nak beli kereta mainan je guys... punya selamba," kata Aiskrim KitKat. "Nak kereta ni? Tanya macam nak belikan kereta control je," kata Farr. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!